:( Setelah dibuat kejutan dengan jumlah pelajar sekolah yang belum mencapai 3M, akhbar arus perdana pula menyiarkan kenyataan daripada Timbalan Menteri Pendidikan iaitu lebih kurang 2,332 orang pelajar dibuang sekolah. Ini menggambarkan bahawa sistem dan dasar pendidikan negara masih belum mencapai matlamat.
Itu tidak termasuk dengan kes bergaduh di sekolah yang melibatkan antara pelajar dengan pelajar maupun pelajar dengan guru. Hasrat kerajaan seperti yang dinyatakan oleh ADUN Temerloh dalam debat perdana lepas agar rakyat Malaysia boleh bersaing dalam dunia antarabangsa mungkin jauh dari sasaran.
Bagaimana nak mencapai matlamat ini jika 100 000 lebih pelajar belum mencapai tahap 3M. Itu persoalan yang pertama. Keduanya ialah berapa peratuskah orang Melayu dalam 100,000 orang yang dinyatakan. Kes-kes sebegini mesti dititikberatkan kerana merekalah nanti yang bakal mewarisi kepimpinan yang ada.
Sedihnya juga mereka menganggap peratus itu kecil jika dibanding dengan 5 juta pelajar. Hanya 0.01 peratus sahaja. Tinggi ke rendah ke bukan soalnya. Kita mesti menganggap perkara ini penting kerana ini melibatkan soal pendidikan dan masa depan mereka. Modal insan yang diharapkan juga mesti merangkumi pendidikan kerohanian. Penafian bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat adalah satu usaha mematikan pendidikan Islam. Tanpa pendidikan Islam bagaiman kita nak mencapai modal insan yang baik.
Sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan telah melahirkan ramai mahasiswa yang bukan sahaja daripada bidang pendidikan Islam malah dalam bidang professional. Ada di kalangan mereka yang melanjutkan pelajaran di Rusia dalam jurusan perubatan dan ada juga yang memasuki bidang kuruteraan. Pelajar yang memasuki bidang profesional telah dibekalkan dengan pendidikan kerohanian insyaallah akan jauh daripada perbuatan untuk memenangkan nafsu. Memang silap sesiapa yang beranggapan Sekolah Agama Rakyat tempat melahirkan pengganas.
Kalau betul demikian, adakah Pak Lah, Hamid Othman dan datuk PM sendiri Hj. Abdullah Pahim juga pengganas kerana nama-nama yang disebut ini pernah belajar di Sekolah Agama Rakyat.
perkara ni sepatutnya di bawa berbincang. Setiap sesuatu yang hendak dilaksanakan mesti ada perancangan yg teliti dan melibatkan semua pihak dari segenap peringkat. Penggubal dasar hendaklah tutun padang dan tanya pendapat org bawahan terutamanya pihak2 yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dasar itu sendiri..
Itu pendapat akulahh...