View Full Version: Apa yang pemuda kita fikirkan?

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Agama/Moral > Apa yang pemuda kita fikirkan?



Title: Apa yang pemuda kita fikirkan?
Description: Survey yang dibuat oleh Merdeka Centre


hartiniazhar - July 31, 2006 03:17 PM (GMT)
:) Beberapa penemuan (findings) di dalam survey yang telah dibuat terhadap 1,505 pemuda Malaysia berumur 18 hingga 32 tahun baru-baru ini. Di antaranya adalah seperti berikut:

1. 62% merasakan kerajaan perlu mengawal moral pemuda. Angka ini adalah tinggi dan amat positif. Selama ini, reaksi media massa dan beberapa individu dalam kepimpinan negara sangat negatif terhadap usaha mengawal moral dikalangan pemuda. Lihat sahaja reaksi terhadap usaha penguatkuasa JAWI di pusat hiburan The Zouk sedikit masa dulu, reaksi terhadap keputusan mahkamah berhubung pasangan berkelakuan tidak senonoh dan beberapa contoh lain seumpamanya.

Yang lebih malang lagi, ada di kalangan agamawan yang kita harapkan untuk menjaga agama pemuda kita, pun mengkritik pengunaan undang-undang untuk mengawal moral. Tidak perlu polis moral kata mereka.

Maka respon positif pemuda Malaysia terhadap pengawalan moral perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan.

2. 76% mengambil kira agama atau kepercayaan dalam membuat keputusan penting dalam hidup mereka.

Nah, agama masih hidup subur di dalam majoriti pemuda Malaysia. Para aktivis agama perlu optimis dengan kejayaan dakwah di kalangan pemuda. Mungkin kita selama ini mengabaikan ciri-ciri keremajaan di dalam program dakwah kita. Sebab itulah kita lihat sambutan mereka kurang menggalakan. Mereka lebih suka menganjurkan ceramah dan majlis-majlis ilmu konvesional (menjemput ustaz untuk memberi kuliah di hadapan pemuda). Di mana program-program kepemudaan saperti sukan, rehlah, camping dan lain-lain?

3. 21.1% mahukan hukum Hudud kepada Muslim dan yang lain-lain tidak pasti atau tidak memberi respon. Yang positifnya di sini ialah tidak ada gambaran bahawa hudud ditolak.

Mereka tidak tahu tentang Hudud atau mereka tidak pasti keberkesanan Hudud, atau mereka tidak yakin ada kesungguhan kepada perlaksanan Hudud Manakala yang tidak memberi respon saya membuat anggapan mereka adalah dari kalangan bukan Islam yang tidak berapa faham tentang Hudud.

Demikian beberapa maklumat daripada hasil survey yang dibuat oleh Merdeka Centre for Opinion Research.

Asabakri - August 16, 2006 06:14 AM (GMT)
Apabila PERINTAH tidak dipatuhi, khususnya perintah-perintah WAJIB dalam agama diabaikan dan tidak dipatuhi, dengan sendirinya hati dan minda terbuka untuk dapat dihuni oleh syaitan, lalu syaitan itu menjadi sahabat.

Itulah sebabnya dalam Islam PERINTAH mendirikan sholat itu telah pun dikuatkuasakan oleh Baginda Nabi s.a.w. kepada ibu/bapa/penjaga kepada anak-anak bermula kanak-kanak itu berusi 7 tahun lagi, dan kanak-kanak yang berusia 10 tahun jika enggan mendirikan sholat hendaklah ia dipukul. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:

"Apabila kanak-kanak itu berumur 7 tahun hendaklah disuruh ia mendirikan sholat dan apabila umurnya 10 tahun tidak mendirikan sholat ia hendaklah dipukul." [HR. al-Bukhari-Muslim].

Masalahnya ialah orang-orang Melayu kita ini majoritinya tidak mempedulikan pun perintah Baginda Nabi s.a.w. itu, kenapa? Persoalan kenapa inilah yang kita kaum guru kena turut menjawabnya sebab di sekolah kanak-kanak itu juga adalah di bawah jagaan kita.

Bagi sekolah sesi pagi sepatutnya dijadual-waktukan sholat sunat dhuha dan juga sholat zohor. Bagi sekolah sesi petang pula dijadual-waktukan sholat asar. Semua umat Islam tahu bahawa mendirikan sholat fardhu itu adalah WAJIB. Persoalannya ialah jika WAJIB kenapakah tidak dijadual-waktukan sebagai juga WAJIB untuk dilaksanakan?

Apakah akibatnya apabila PERINTAH tidak dilaksanakan atau diabaikan? Akibatnya ialah seseorang atau masyarakat, malahan negara sendiri adalah "bersyaitan" dapat dikuasai oleh syaitan. Dengan sebab itu macam-macamlah gejala sosial kehilangan benteng untuk menahannya daripada terjadi.

Seharusnya maksud Ayat Al-Qur'an ini dipaparkan besar-besar di dinding bagunan utama sekolah dan juga di dalam bilik-bilik darjah:

QUOTE
"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu" (Al-Israa' 38)
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri,  Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6,  ms. 686.]


Sekiranya kita dan anak-anak murid kita fahami maksud Ayat Al-Qur'an itu dan dijadikan hafalan serta amalan, kita akan dapat melihat kesannya.

Wasalam.

.

nurkamar - October 2, 2006 04:38 PM (GMT)
sesungguhnya kebanyakan mereka tidak mengetahui.....

bimbingan secara adil lah yg dapat menyelamatkan mereka...

kita selaku guru nilah yg menjadi batu loncatan untuk anak anak ni menyedari hakikat yang sebenar..




Hosted for free by InvisionFree