Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan
dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi
komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin
lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti
berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang
dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita.
1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.
Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi
penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik.
Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat
putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas
menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada
mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja
dengan baik.
2. Masalah RAM
Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi
spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap
terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami
kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain
daripada itu, masalah ëBlue Screení juga akan lebih kerap berlaku.
3. Cakera keras
Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya
prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak
(bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan
dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan
capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai
dengan spesifikasi komputer yang digunakan.
4. Konfigurasi BIOS
Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada
konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi
sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak
tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.
5. Pengawal Cakera
Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal
cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard)
yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal
cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu
yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang,
ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.
6. Sistem Operasi
Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya
mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang
dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer.
Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak
menggunakan sumber tenaga komputer.
7. Proses dan Aplikasi
Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan
menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan
aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian
Windows Task Manager.
8. Fragmentasi Cakera
Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan,
dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan
didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera
penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu
disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.
9. Aplikasi latar belakang
Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara
automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi.
Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan
menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya
menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh
dilihat pada folder Startup.
10.Sistem fail
Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan
sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah
kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok
dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan
prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz
kelompok yang lebih besar berbanding FAT.