View Full Version: Jangan pertikai Islam agama rasmi - MB Johor

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Agama/Moral > Jangan pertikai Islam agama rasmi - MB Johor



Title: Jangan pertikai Islam agama rasmi - MB Johor


hartiniazhar - July 23, 2006 10:39 AM (GMT)
:) Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya jangan mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Menurut beliau, tindakan mempersoalkan hak itu oleh mana-mana pihak boleh mencetuskan provokasi dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

‘‘Biar saya ingatkan bahawa jangan ada mana-mana pihak yang mahu mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan negara.

‘‘Oleh itu, saya berharap tiada pihak yang mahu mengambil kesempatan dengan mencetuskan sebarang bentuk perbincangan umum dengan berselindung dengan tajuk kebebasan beragama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini hari ini.

Dalam pada itu, lebih 500 orang telah menyertai satu demonstrasi membantah tindakan Kumpulan Artikel 11 (KA11) menganjurkan forum bertajuk ‘Perlembagaan Persekutuan Melindungi Semua Pihak’ di Hotel Selesa, di sini, hari ini.

Penunjuk perasaan telah berarak kira-kira 500 meter di sepanjang Jalan Abdullah Tahir pada kira-kira pukul 9.12 pagi sehingga ke pintu masuk utama hotel itu.

Sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut mengepung para penunjuk perasaan untuk memastikan tiada unsur provokasi dicetuskan.

Forum tersebut bagaimanapun berlangsung selama kira-kira 2 jam sebelum ia ditamatkan dan tunjuk perasaan yang diadakan secara aman itu bersurai.

*Baguslah kalau nak pertahankan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia ni....tapi kenape dibiorkan amalan-amalan yang bertentangan dengan agama berleluase seperti sekarang? Kenape ulamak yang arif tentang agame diperkecilkan dan diperlecehkan pandangan mereke? Kenape ade segelintir orang Islam kite nak menegakkan usul-usul yang jelas sekali bertentangan dgn agame Islam? Boleh sesape jawab?

nurkamar - October 2, 2006 04:48 PM (GMT)
adil tu kene ade dalam setiap perkara.

apabila islam tu dipertahankan sebagai agama rasmi negara, kita kuat kuatkan diri kita sesama doa doakan agar selepas ni islam tu dijadikan amalan hidup kita bersama.

satu sikap yang amat diperlihatkan dalam masyarakat kita sentiasa.. tiada sifat sokong menyokong dalam setiap amalan baik yang dilakukan. kenapa mesti wujud tarik menarik, jatuh menjatuh apabila kebaikan dipertengahkan?

dia punya kekuatan untuk mempertahankan satu perkara. kita pula ada kekuatan KEFAHAMAN untuk memberi pendidikan.. bukankah ia nampak amat cantik sekali jika kita bersatu padu menjadikan islam itu pegangan sepanjang zaman...?atau mungkin kita pun ingin punya kuasa seperti dia..?




Hosted for free by InvisionFree