:) JELEBU 22 Julai – Generasi akan datang dikhuatiri menjadi buta sejarah kerana penekananan yang melampau dibuat oleh ibu bapa dan kerajaan terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik sehingga menyebabkan hal-hal berkaitan seni budaya serta warisan dilupakan.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, masalah tersebut akan menjadi bertambah kritikal sekiranya ia terus dipinggirkan oleh masyarakat hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan kesedaran berkenaan seni budaya serta warisan dengan mewujudkan pelbagai program bagi menarik minat generasi muda hari ini.
Katanya, selain itu, kementeriannya juga akan melancarkan kelab warisan dalam tempoh terdekat serta terbuka kepada semua yang berminat bermula dari peringkat sekolah dan universiti.
“Secara tidak sedar penekanan lebih masyarakat dan kerajaan terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik menyebabkan hal-hal berkaitan seni budaya dan warisan ‘terpijak pergi terlanjur pulang’ (diabaikan).
“Bagaimanapun senario sekarang menunjukkan sedikit perubahan dan masyarakat serta pihak tertentu sudah mula memberi perhatian dalam usaha menjaga warisan dan budaya negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Badan Kebajikan dan Pelajaran (Baka) Jelebu di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Samad yang melahirkan rasa bimbang apabila golongan muda tidak berminat untuk menyertai persatuan sejarah walaupun menyedari kepentingan sejarah sebagai warisan bangsa.
Mohd. Isa turut mendedahkan persatuan sejarah di negeri ini sudah pasti berkubur sekiranya tidak didokong oleh golongan pendidik.
Dalam pada itu Rais turut menegur persatuan sejarah di seluruh negara yang disifatkan tidak aktif supaya berubah dan membantu usaha untuk meningkatkan agenda warisan dan kebudayaan negara.
“Persatuan berkenaan sepatutnya bekerjasama erat seperti ‘isi dan kuku’ dengan kementerian dalam usaha berkenaan tetapi persatuan ini dilihat tidak ada agenda kerja, agenda penyelidikan dan kegiatan.
“Mereka (persatuan) sendiri pun menghadapi banyak masalah dan kebanyakannya terdiri dari golongan yang sudah berpencen dan tidak lagi bekerja manakala jumlah yang masih berkhidmat menyertai persatuan amat kurang.
“Mahu tidak mahu disebabkan perkara itu mengakibatkan persatuan tergolong dalam keadaan tidur dan tidak aktif. Berapa ramai cikgu Sejarah seluruh negara yang menyertai persatuan itu sendiri?,” katanya.
Tegas Rais, pandangannya itu mungkin tidak disenangi oleh orang ramai tetapi beliau berharap dengan cara yang ditawarkan kementerian, lebih ramai golongan muda menyertai persatuan ini.
Beliau juga menyatakan kesediaan dan tidak mempunyai halangan untuk berbincang bagi membantu persatuan terbabit.
I strongly agree with you. Being a teacher for decades, i can see the decline interest among students to study history....sedih sungguh. Saya pernah about few months teaching history to Form 4 students-their main concern was - how to pass...with great result. And some of them just culdn't be bothered - to them it's a 'dull and dry' subject.
To me, banyak yang kita boleh improve on this matter. Yes-contents are important - that's what sejarah is all about, but kena imbang. Jangan terlalu ghairah untuk memasukkan "apayang berlaku" sehingga kita lupa kepada "kenapa ia berlaku" - i.e.the 'how' is as important as the 'what'. Di sini kita banyak failed-we failed 'cos sejarah tidak dilihat sebagai sumber pengajaran tetapi sebagai matapelajaran untuk exam.
Kaedah pengajaran - Please - history teachers - yalah sejarah dah lepas - doesn't mean that kita tak boleh memodenkan cara mengajar. Banyak cara moden yang boleh kita buat. Increase the student's level of curiousity and attention.
wah satu artiekl yang menarik gak tuh..rajin betul cikgu tini kita menaip tuh..
teruskan usaha yang cemerlang tersebut..