View Full Version: Adi Putra mula bersekolah 17 Julai

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Darjah/Tingkatan > Adi Putra mula bersekolah 17 Julai



Title: Adi Putra mula bersekolah 17 Julai


hartiniazhar - July 10, 2006 11:21 AM (GMT)
:) KUALA LUMPUR 9 Julai - Kanak-kanak yang memiliki kepintaran luar biasa dalam bidang Matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 7, akan memulakan pendidikan formal di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak dekat sini pada 17 Julai ini.

Murid pintar itu akan dibimbing oleh sekumpulan pakar akademik dan ditempatkan dalam kelas atau gred yang sesuai dengan kemampuannya.

Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, ujian penempatan bagi mata pelajaran Matematik dan bahasa Inggeris yang didudukinya pada 10 Mei lalu menunjukkan pencapaian memberangsangkan.

Ujar penganalisis ekonomi itu, kemampuan Adi Putra dalam Matematik setara dengan pencapaian murid tahun enam manakala kemampuan bahasa Inggerisnya sama dengan murid tahun tiga.

Ismail menjelaskan, ujian Matematik itu meliputi sukatan untuk murid tahun satu hingga tahun enam mengikut piawaian pendidikan antarabangsa yang diajar di Britain.

“Pihak sekolah akan merangka satu jadual waktu yang fleksibel untuk Adi Putra kerana dia akan mengikuti kelas secara floating,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah untuk menilai perkembangan akademik Adi Putra menyatakan demikian ketika mengulas laporan pencapaian kanak-kanak itu dalam ujian penempatan yang didudukinya.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, Adi Putra akan ditempatkan dalam pelbagai kelas berlainan sesuai dengan tahap akademiknya dalam sesuatu mata pelajaran.

Menurut beliau, sebagai contoh, dia akan ditempatkan dalam gred enam kerana pencapaian Matematiknya setara dengan murid tahun enam.

“Pihak sekolah akan memantau perkembangan Adi Putra dari semasa ke semasa dan dia akan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi jika pencapaiannya meningkat,” ujar beliau.

Sementara itu, ibu kanak-kanak tersebut Serihana Elias, 31, ketika dihubungi berkata, Adi Putra kini menjalani program khas yang diadakan oleh pihak sekolah bermula pada cuti persekolahan pada 20 Mei lalu hingga 17 Julai ini.

Menurutnya, program intensif itu melibatkan penguasaan bahasa Inggeris, Al-Quran dan bahasa Arab bagi memastikan Adi Putra tidak ketinggalan daripada rakan-rakan sekelasnya kelak.


*Alhamdulillah....mudah-mudahan adik Adi Putra ni berjaya dalam bidang akademiknye. Tapi teman ni musyhkil gak....bagaimane dgn aspek sosial? Yele...budak ni baru 7 tahun dan die masih budak. Harap-harap ade keseimbangan supaye die ni tak jadi mangse bile besor esok.

sherrina - July 14, 2006 05:43 AM (GMT)
dari segi aspek sosial, rasanya tak le masalah sgt. lagi2 di sekolah seperti di IIS yang kelengkapannya hebat belaka.

hartiniazhar - July 15, 2006 12:43 AM (GMT)
:) Bagusle tu! Untungle makbapak die dapat anak macam ni. Harap-harap mereka ni jadi contoh pade kite semue untuk mendidik anak dengan lebih baik lagi.

kuguru - July 19, 2006 11:48 AM (GMT)
dengar citenyer kelas dia pun x tetap.. sbb utk mate stdd dia dah th 6. Dia juga dah mula jd idola pd kawan2 nyer... oklah tu

sherrina - July 20, 2006 12:50 AM (GMT)
ye, kalau ikut laporan akhbar kelas dia mcm terapung. utk math dia join kelas thn 6, subjek lain dia join darjah lebih rendah. dan ianya akan sentiasa berubah2 mengikut tahap pencapaian beliau. Alhamdulillah, akhirnya golongan genius di Malaysia terbela akhirnya. Saya khuatir ada pihak2 luar yg berminat dgn bakat Adi lalu mengambil beliau dan beri segala bentuk bantuan yg negara kita kurang peduli nak beri.

Saya baru tonton cerita My Girl dimana di skolah di Thailand, selagi ko tak pandai membaca jangan harap nak naik kelas. Sepatutnya begitu juga disini. Ini tidak, semua naik belaka. Akhirnya, makin jauh dan jauh ketinggalan. Kesian, ada kawan saya dulu smpi ke form 5 tak lancar membaca. Kami slow2 le ajar dia membaca tapi jenuh juga sebab basicnya dah jauh ketinggalan.

cikgu malaysia - July 22, 2006 04:03 PM (GMT)
I was impressed when i first saw him dlm mhi tv3 - not only in math i think when he mentioned Prof Datuk Dr Ismail Mohd Salleh as his idol and his ambition to be a muslim math prof - itu yg lagi kagum - especially at his age. Harap2 he still emjoy his childhood - dpt berkembang dgn lebih baik - dan amat harap tiada pihak opportunist yg akan ambil kesempatan - Please don't pressure him too much..give him some times to develop and to play after all he is still a kid....

cikguonline - July 23, 2006 02:16 PM (GMT)
Bagus jugak kalau buat macam Thailand punya tu. Selagi tak pandai selagi itu la duduk le kat tahun 1 tu :2lol:

nurkamar - October 3, 2006 02:00 PM (GMT)
pe kabo gaknye adiputra la ni, ek?


moga moga tak terbiar le dia cam budak budak genius yg dedulu.

sopiah kat UK pon dah tenggelam since kawin aritu




Hosted for free by InvisionFree