Title: 100,000 umat Islam murtad!
hartiniazhar - July 10, 2006 11:16 AM (GMT)
Berhubung dengan kenyataan bahawa terdapat 100,000 umat Islam murtad, Najib berkata, ia tidak boleh dianggap tepat.
Beliau berkata, asas kerajaan berhubung isu itu adalah bersandarkan kepada jumlah sebenar mereka yang terbabit di dalam masalah tersebut setakat ini tidak diketahui dengan jelas.
“Kita pun tidak tahu bilangan sebenarnya mereka yang terbabit. Oleh itu kita tidak boleh kata jumlah tersebut adalah tepat,” katanya.
Semalam, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, beliau menerima laporan menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual bahawa beribu-ribu umat Islam di negara ini murtad.
Kata Harussani laporan itu disampaikan kepadanya tahun lalu dan jumlah mereka yang murtad mencapai sehingga 100,000 orang.
* Sepatutnye kerajaan buat kajian atau siasatan dulu...barule buat kesimpulan. Ini tidak terus buat kenyataan tak tepat. Agaknye takut imej Islam Hadhari ni tercemar, kot? Lagi satu...kenape pandangan/kenyataan orang yang arif agame tak diambil kire tapi diperlecehkan? Teman tonton berite TV semalam. Salah seorang menteri di Jabatan Perdane Menteri mencabar Mufti Perak ni tunjukkan bukti ade orang Melayu murtad. Die memperlecehkan kenyataan Mufti Perak ini dgn kenyataannye yang nampak macam kebudak-budakan.
cikguonline - July 11, 2006 11:37 AM (GMT)
Ramai batul yang murtad ni. Teringat tegok video hansah yang murtad tu. Dalam email pun ada suh jgan berkawan degan sipol (siap tunjuk gambar lagi).
ideal - July 15, 2006 03:29 PM (GMT)
:setuju:
sepatutnya kerajaan buat kajian terperinci dahulu....tekejut jugak teman lihat beberapa org yg ditanya dalam tv tu buat kecaman kepada mufti perak tuh... kalau kata2 mufti boleh dianggap remeh dan berani kecam balik...tak tau lah apa akan jadi pada negara suatu hari nanti..( tak mau ulas lebih2 ,kang kena gam) .
hartiniazhar - July 20, 2006 01:44 PM (GMT)
:) Umat Islam resah pemerintah abai pandangan Mufti
Masyarakat Islam di negara ini mulai bimbang berikutan kes-kes yang melibatkan Islam antaranya seperti isu murtad, isu serban dan Kumpulan Artikel 11 yang disifatkan menjejaskan kedudukan Islam dari sudut Perlembagaan dan Perundangan.
Malah, masyarakat Islam menyifatkan para mufti seolah-olah membisu dan berharap mereka semakin berani dan tegas membela Islam dan umatnya yang semakin terancam berikutan isu-isu tersebut.
"Saya hormati mereka kerana telah menyampaikan nasihat tetapi malangnya, pandangan dan fatwa mufti sering diabaikan malah dipersendakan oleh pemimpin kerajaan,"kata Dato' Haron Din.
Sebagai contoh katanya,hanya Mufti Perak Dato' Seri Harussaini Zakaria yang dilihat menonjol dan lantang dalam isu-isu semasa yang menyentuh sensitiviti umat Islam, seperti mendakwa 100,000 umat Islam negara ini telah murtad, itupun mendapat reaksi bantahan daripada pemimpin tertentu malah isu karnival sureheboh, pertandingan sistem pesanan ringkas (SMS) berbentuk judi, penggunaan 'botox' dan lain-lain turut diabaikan malah dipersendakan oleh pemimpin kerajaan.
"Pemerintah tidak menghargai mufti, sedangkan mufti adalah jawatan tertinggi dalam syiar Islam maka siapakah lagi yang wajar menasihati mereka?" katanya.
Ditanya tentang tindakan rakyat seperti 50 badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam mengambil inisiatif awal menubuhkan Pertubuhan-Pertubuhan (NGO) Pembela Islam (PEMBELA) sebagai rangkaian gerak kerja bersama dalam menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia.
"Tindakan tersebut amat baik dan para mufti juga mesti lebih berani bersuara lantang dalam hal ini,"katanya sambil menyarankan supaya 13 mufti seluruh Malaysia bersikap seperti Mufti Perak walaupun lantang dan tegas, tidak menjejaskan kedudukan beliau malah semakin dihormati dan disegani oleh rakyat.
Sebelum ini, Dato' Seri Harussani dipetik sebagai berkata dalam satu temuramah lalu dengan wartawan," Saya takut hanya kepada Tuhan dan Sultan yang telah mengamanahkan tanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam."
Antara isu-isu yang mendapat perhatian rakyat dan memerlukan peranan mufti sebagai pembela ialah isu Kumpulan Artikel 11 terdiri daripada 13 NGO yang berhasrat untuk menganjurkan forum di Pulau Pinang dan Johor mengenai Kebebasan Hak (Human Rights) yang cenderung mencampuri hal ehwal urusan agama Islam malah mereka adalah antara pelobi kepada gerakan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang ditangguhkan penubuhannya oleh kerajaan tidak berapa lama dulu.
Begitu juga dengan kes serban, yang mana hujah Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Abdul Hamid Mohamed pada 12 Julai lalu disifatkan sebagai menghina Rasullullah s.a.w. dan agama Islam.
Di mana hakim tersebut dipetik antara lain sebagai berkata; "Islam bukan sekadar memakai serban dan janggut. Arab Jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarkat itu, berbuat demikian."
Sementara itu, dalam kes Azlina Binti Jailani atau Lina Joy mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau seterusnya menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.
Asabakri - July 21, 2006 11:36 AM (GMT)
| QUOTE (hartiniazhar @ Jul 20 2006, 09:44 PM) |
:) Umat Islam resah pemerintah abai pandangan Mufti
Masyarakat Islam di negara ini mulai bimbang berikutan kes-kes yang melibatkan Islam antaranya seperti isu murtad, isu serban dan Kumpulan Artikel 11 yang disifatkan menjejaskan kedudukan Islam dari sudut Perlembagaan dan Perundangan.
Malah, masyarakat Islam menyifatkan para mufti seolah-olah membisu dan berharap mereka semakin berani dan tegas membela Islam dan umatnya yang semakin terancam berikutan isu-isu tersebut.
"Saya hormati mereka kerana telah menyampaikan nasihat tetapi malangnya, pandangan dan fatwa mufti sering diabaikan malah dipersendakan oleh pemimpin kerajaan,"kata Dato' Haron Din.
Sebagai contoh katanya,hanya Mufti Perak Dato' Seri Harussaini Zakaria yang dilihat menonjol dan lantang dalam isu-isu semasa yang menyentuh sensitiviti umat Islam, seperti mendakwa 100,000 umat Islam negara ini telah murtad, itupun mendapat reaksi bantahan daripada pemimpin tertentu malah isu karnival sureheboh, pertandingan sistem pesanan ringkas (SMS) berbentuk judi, penggunaan 'botox' dan lain-lain turut diabaikan malah dipersendakan oleh pemimpin kerajaan.
"Pemerintah tidak menghargai mufti, sedangkan mufti adalah jawatan tertinggi dalam syiar Islam maka siapakah lagi yang wajar menasihati mereka?" katanya.
Ditanya tentang tindakan rakyat seperti 50 badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam mengambil inisiatif awal menubuhkan Pertubuhan-Pertubuhan (NGO) Pembela Islam (PEMBELA) sebagai rangkaian gerak kerja bersama dalam menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia.
"Tindakan tersebut amat baik dan para mufti juga mesti lebih berani bersuara lantang dalam hal ini,"katanya sambil menyarankan supaya 13 mufti seluruh Malaysia bersikap seperti Mufti Perak walaupun lantang dan tegas, tidak menjejaskan kedudukan beliau malah semakin dihormati dan disegani oleh rakyat.
Sebelum ini, Dato' Seri Harussani dipetik sebagai berkata dalam satu temuramah lalu dengan wartawan," Saya takut hanya kepada Tuhan dan Sultan yang telah mengamanahkan tanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam."
Antara isu-isu yang mendapat perhatian rakyat dan memerlukan peranan mufti sebagai pembela ialah isu Kumpulan Artikel 11 terdiri daripada 13 NGO yang berhasrat untuk menganjurkan forum di Pulau Pinang dan Johor mengenai Kebebasan Hak (Human Rights) yang cenderung mencampuri hal ehwal urusan agama Islam malah mereka adalah antara pelobi kepada gerakan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang ditangguhkan penubuhannya oleh kerajaan tidak berapa lama dulu.
Begitu juga dengan kes serban, yang mana hujah Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Abdul Hamid Mohamed pada 12 Julai lalu disifatkan sebagai menghina Rasullullah s.a.w. dan agama Islam.
Di mana hakim tersebut dipetik antara lain sebagai berkata; "Islam bukan sekadar memakai serban dan janggut. Arab Jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarkat itu, berbuat demikian."
Sementara itu, dalam kes Azlina Binti Jailani atau Lina Joy mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau seterusnya menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya. |
Apabila diabaikan ini, maka itulah jadinya:
| QUOTE |
| Sahl bin Abdullah al-Tastari berkata, “ … manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka membesarkan pemerintah dan ulama`. Jika mereka membesarkan kedua-dua institusi ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka dan jika mereka merendahkan kedua-dua institusi ini, binasalah dunia dan akhirat mereka”. [al-Jami` li Ahkam al-Quran, juz 5 hal. 260.]. |
Di atas itu adalah satu lagi koleksi, yang anda juga boleh jadikan koleksi, sebagai sumber rujukan.
.
hartiniazhar - July 31, 2006 03:05 PM (GMT)
:setuju: :setuju: :setuju: sangat dgn quote cikgu asabakri tu. Di bawah ni ade satu lagi respon dari seorang penulis ttg reaksi sorang menteri di jabatan PM;
Siapa besar, dia atau saya, saya kena respon dia ke atau dia kena respon saya?. Itulah reaksi sombong YB Dato Abdullah Bin Md Zin, terhadap kenyataan Mufti Perak berkenaan 100,000.00 orang melayu yang murtad.
Dalam keadaan yang menuntut semua pihak mengambil perhatian yang serius itulah jawapan spontan yang dapat dinyatakan yang keluar dari lidah seorang yang boleh dianggap berpengetahuan dalam bidang agama.
Apakah jawatan lebih penting dari perkara yang didedahkan oleh mufti Perak. Yang disiarkan dalam Buletin Utama? Dan reaksi dan mimik muka yang seolah –olah marah, remeh, kehilangan punca dalam menjawab pertanyaan wartawan. Sehingga beliau menjawap dengan keadaan sedemikian. Hah! tak payahlah saya nak respon dia (mufti mesti mengeluarkan kenyataan dengan mengemukakan bukti.)
Nah! Bukti telah ada dengar penjelasan balas Mufti Perak, dan akan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang inginkan bukti-bukti. Saya percaya Mufti Perak tidak akan tergamak untuk mengeluarkan kenyataan melulu, sebelum menyelidiki terlebih dahulu kesahihan berita atau sesuatu maklumat tersebut. Belia seorang yang professional bukan seorang yang suka melulu dalam mengeluarkan kenyataan.
Penasihat agama kepada perdana menteri sebaliknya berkata, kenyataan Mufti perak mesti di teliti secara mendalam. Kerana kenyataan tersebut boleh mengugat kestabilan dan keresahan dikalangan orang–orang melayu. Sudah semestinyalah kita semua dalam keadaan resah, sebab ini soal akidah. Jangan pula kenyataan ini bertujuan nak meng'ISA'kan pulak Mufti Perak tersebut. Sekiranya ada maksud sedemikian eloklah dijauhkan dari lubuk hati.
Selama ini apa yang orang dari Jabatan Agama Negara dan Jabatan Perdana Menteri lakukan sehingga tiada maklumat, tentang perkara murtad ini, sehingga ianya terpaksa didedahkan oleh seorang Mufti Negeri.
Syabas Dato’ Mufti Perak kerana mengambil inisiatif awal dalam merangka penyelesaian terhadap bala yang Allah turunkan bilamana, Negara yang menjadikan agama islam adalah agama rasmi, masih tidak mengambil hukum Allah sebagai panduan dan cara hidup umat islam yang sebenarnya.
Kalau kita masih mengharapkan islam pendokong Islam Hadhari terkubur lah kita dan akidah kita secara terselindung dan dilindungi oleh cerdik pandai agama itu sendiri. Yang masih mementingkan besar kecilnya kita dalam mengadu, mendedahkan tentang bahaya dalam urusan agama. Maknanya kita kena jadi besar baru boleh dedahkan sesuatu perkara? Yang Maha Besar itu hanya Allah.
* :( sedih teman tengok reaksi spontan menteri ni. Tak educated langsung, cakap ikut suke die je. Bukannye nak siasat dulu kenyataan mufti Perak tu....macam mane orang nak respect orang macam ni kalau die sendiri pun tak reti nak respect orang!
nurkamar - October 2, 2006 04:52 PM (GMT)
sila rujuk sydneyanglican.net(tak sure betul ke tak ejaan)
lihat apa yg kamariah katakan.. apa yg azhar mansor suarakan.semoga ALLAH melindungi diri kita, zuriat keturunan kita dari gejala murtad ini.. Aminnn ya RAB!