:) KUALA LUMPUR 9 Julai - Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa keputusan muktamad terhadap cadangan melanjutkan waktu operasi pusat hiburan sehingga 5 pagi akan dibuat berasaskan kepada pengimbangan antara keperluan industri pelancongan dan masalah sosial.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sehubungan itu dalam tempoh ini kerajaan akan terus mendapatkan pandangan serta reaksi daripada pelbagai pihak berhubung dengan cadangan tersebut.
“Kerajaan masih perlu mendengar pandangan serta pendapat daripada pelbagai pihak sebab kita perlu mencari satu pendekatan yang dapat mengimbangi antara keperluan pelancongan dan kebimbangan dari segi masalah sosial dalam negara kita.
“Kedua-dua perhitungan ini akan menjadi panduan kepada kita sebelum sebarang keputusan dibuat,'' katanya.
su mengenai cadangan itu tercetus apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk melanjutkan waktu operasi pusat hiburan seperti pub, restoran dan kelab malam di bandar-bandar utama sehingga 5 pagi bagi menarik pelancong asing.
Bagaimanapun cadangan Tengku Adnan itu mendapat bantahan kerana dikhuatiri ia boleh menyumbang kepada masalah sosial yang lebih buruk termasuk kegiatan pelacuran.
Mingguan Malaysia hari ini turut menyiarkan kenyataan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) yang tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana ia boleh mengundang wujudnya lebih banyak penyalahgunaan najis dadah.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, dalam membuat cadangan itu mana-mana pihak termasuk Kementerian Pelancongan tidak seharusnya hanya memikirkan soal ekonomi semata-mata hingga mengabaikan aspek keselamatan negara.
Malah kata Mohd. Johari, pusat-pusat hiburan bukannya satu tarikan pelancongan yang besar kerana negara-negara lain termasuk Thailand yang bergantung sepenuhnya kepada industri pelancongan juga tidak membenarkan pusat-pusat hiburan mereka beroperasi sehingga dinihari.
* Sepatutnye.....kerajaan tak payah layan permintaan macam ni. Teman kesal sungguh sebab orang yang mencadangkan perkare di atas ni orang Melayu beragame Islam dan sedor pusat-pusat hiburan nile yang meruntuhkan agame....atau dalam lain perkataan tempat maksiat yang patut dielakkan. Banyak bende lain yang boleh dibuat untuk tarik pelancong masuk ke negare kite bukannye menggalakkan lagi maksiat yang sudah sedie ade dan tak dpt bendung lagi sekarang! Sedih tengok orang Islam kat Malaysia ni..... :(
Bengongl!!!...itu je perkataan yang sesuai untuk pakcik suarakan tentang orang yang bagi cadangan tu (sori ek, kasar sikit)
kalau takat nak datang malaysia pasal nak enjoy di pub/disko, takyah le diorang susah2 nak datang kat sini...kat tempat diorang lagi best dok ada.
majoriti diorang datang tu pasal nak tengok lain-lain keindahan yang unik tak terdapat di tempat diorang.
kalau bukak sampai pukul 5 pagi pun...rasanya rakyat tempatan yang dok melimpah kat situ, bukannya pelancong asing pun. situasi sekarang ni pun dah menggambarkan keadaan macam tu....apa lagi kalau bukak sampai pukul 5 pagi.
:setuju: sangat-sangat dengan pendapat Pakcik Dungun tu.
Tapi yang sedihnye...bile teman tengok berite malam tadi.....ade menteri yang mempertahankan cadangan tersebut. Sedih teman tengok orang Melayu yang nak meruntuhkan agama dan merosakkan akhlak bangse die sendiri! :no:
nampak sgt menteri tak pi buat homework dulu sebelum bercakap. :no:
:setuju: :setuju: :setuju: