Title: Pendidikan awal usia -- * Libatkan kanak-kanak 2 1
hartiniazhar - July 2, 2006 04:31 PM (GMT)
KUALA LUMPUR 1 Julai - Kerajaan akan memperkenalkan konsep pendidikan peringkat awal pada akhir tahun ini, yang melibatkan kanak-kanak seawal usia dua setengah tahun hingga prasekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, konsep itu bertujuan memberi pendedahan ilmu pengetahuan di peringkat awal usia mereka.
“Kabinet pada mesyuaratnya Rabu lepas telah meluluskan perkara itu, bagi mempersiapkan kanak-kanak di peringkat awal usia mereka ke arah menjadi modal insan yang sempurna,” katanya.
Kata Najib, konsep pendidikan itu akan dapat mengukuhkan emosi dan psikologi kanak-kanak supaya lebih bersedia apabila memasuki sekolah rendah.
“Kerajaan akan laksanakan beberapa projek perintis bagi menilai keberkesanan konsep itu, sebelum merumuskan dasar khusus berhubung konsep pendidikan itu.
“Buat permulaan sistem pendidikan itu akan diletakkan di bawah pejabat saya (Pejabat Timbalan Perdana Menteri),” katanya.
Menurut beliau, jika konsep pendidikan itu memberi manfaat ia akan diperluaskan dan diletakkan di bawah kementerian tertentu.
“Kita belum tentukan jabatan mana yang akan bertanggungjawab mengendalikan konsep tersebut, mungkin ia boleh diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) misalnya,” jelasnya.
Beliau berkata, buat permulaan kemudahan asas yang sedia ada di bawah Kemas akan digunakan dengan membuat sedikit ubahsuai.
Kerajaan, katanya, telah melantik sekumpulan pemikir untuk mengkaji konsep itu secara mendalam.
Jika kajian itu diluluskan oleh Kabinet, kerajaan akan melatih guru-guru dan memperkenalkan kurikulum untuk konsep pendidikan itu,” kata Beliau.
Menurut Najib, konsep pendidikan itu diperkenalkan berasaskan kajian saintifik bahawa otak manusia berkembang fungsinya pada awal alam kanak-kanak.
Najib berkata, jika negara mahu melahirkan masyarakat yang berwibawa, proses pendidikan harus dimulakan lebih awal.
‘‘Kita harus melaksanakan usaha itu bagi melahirkan generasi yang lebih hebat dan menjadi modal insan yang berguna kepada negara,” katanya.
Najib juga menegaskan sistem pendidikan negara memang baik dan telah teruji mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik.
‘‘Kejayaan pelajar kita diiktiraf oleh negara luar kerana ramai yang mampu melanjutkan pelajaran di universiti-universiti terkemuka di luar negara,” katanya.
Mengenai disiplin di sekolah, Najib berkata, masalah itu tidak begitu serius.
Katanya, walaupun berlaku kes disiplin di kalangan pelajar, itu tidak bermakna sistem pendidikan di negara ini lemah.
Katanya, kes disiplin di kalangan pelajar turut berlaku di negara-negara maju.
Menurut Najib, isu disiplin melibatkan soal pemantauan oleh pihak sekolah dan juga pihak berkuasa.
:) Pasal disiplin di kalangan pelajar tu...teman tak berape setuju dgn pendapat TPM kite tu. Masalah rogol, dadah, pukul sampai mati, berzina dah menular di kalangan pelajar sekolah dan memang menunjukkan sistem pendidikan kite lemah. Sebab tu teman kate....pendidikan agama Islam diangkat sbg subjek teras dan diberi penekanan lebih. Tapi sistem kite semuanye exam oriented. Dimane silapnye?!
hartiniazhar - July 2, 2006 05:01 PM (GMT)
:) Teman masih tak setuju dgn TPM. Renungkanlah ape yg teman dpt dr net;
Kajian yang dibuat Jabatan Pendidikan Terengganu berdasarkan kepada responden berjumlah 149,000 orang, kira-kira 51,000 pelajar tahun dua sehingga tahun enam tidak tahu rakaat solat atau dalam erti kata yang mudahnya mereka tidak tahu solat.
Apabila bercakap mengenai pendidikan, kita mesti tidak lari daripada beberapa komponen, antaranya kurikulum yang baik dan falsafah pendidikan Islam yang jelas dan tidak bercanggah dengan Islam. Keduanya, pelaksana, sama ada pegawai-pegawai kementerian dan guru-guru yang terlibat mestilah mendapat pendidikan Islam yang baik dan menterjemahkan Islam dalam kehidupan mereka sehari-hari. Ketiganya, ialah penerima, iaitu golongan pelajar yang akan menerima pendidikan itu mestilah ada persediaan untuk menerima pendidikan dalam suasana persekitaran yang kondusif yang boleh membantu ke arah akhlak yang baik.
Persekitaran yang ada sekarang ini berpunca daripada kelemahan ibu bapa dan pihak kerajaan sendiri yang gagal menutup pintu-pintu yang membawa kepada kemungkaran.Akhirnya, kesan ini mewujudkan golongan pelajar yang tidak berdisiplin sehingga wujudnya golongan gangsterisme yang sampai ke tahap membunuh rakan mereka sendiri. Kita tidak boleh lepas tangan walaupun kita bercakap mengenai kepincangan yang berlaku dalam sistem pendidikan sekarang ini. Kita sendiri mesti memperkemaskan pendidikan secara individu. Program-program pendidikan kita sendiri mestilah dimantapkan.
Walaupun kita selalu menyebut ada ancaman, tetapi kita mestilah juga bermuhasabah ke atas diri kita. Apakah sebenarnya yang berlaku dengan pendidikan kita sendiri?
sherrina - July 5, 2006 05:18 PM (GMT)
lambatnya kita ni...org lain dah lama tau pasal early education. kita baru nak terhegeh2. jangankan umur 2 tahun setengah, umur setengah tahun pun dah bleh pi blaja. Contoh spt Sichida method, Tiny Tots dan lain2...system playschool. Skarang dah ada Little Khalifah utk yg beragama Islam....
hartiniazhar - July 7, 2006 09:24 AM (GMT)
:) ................and everybody still think that our education system is the best! Haru, haru!
sherrina - July 14, 2006 05:45 AM (GMT)
hartini,
itule jadinya kalau menteri dan pegawai2 dlm kementerian pendidikan tadak background dlm bidang ni. manage pendidikan bukan mcm manage pertanian. and diorang still ingat apa yg ada ni dah best giler dah. kesian...kesian...
hartiniazhar - July 15, 2006 12:48 AM (GMT)
:) So very patheticlah orang-orang kat kementerian tu. :setuju: sangat dgn Sherrina.
ideal - July 15, 2006 03:30 PM (GMT)
:setuju: :setuju: :setuju: