nak tanya. adakah guru yang mengajar ko-q dihantar training utk ko-q yang dia jaga? contohnya, adakah guru kelab catur memang org yg tau main catur atau sekadar jaga aje budak2 main catur?
bergantung kepada jenis koko tu sherrina.
macam pakcik, lebih kepada unit beruniform. dan sepanjang pengetahuan pakcik, kebanyakan unit beruniform memang ada kursusnya untuk guru-guru pemimpin. begitu jugak dengan unit sukan dan permainan.
kalau ikutkan takwim unit koko JPN, memang ada macam-macam kursus sepanjang tahun diadakan...dari kursus asas sampai le kursus kejurulatihan.
cuma kebanyakan guru tak tau tentang hal ni. mungkin sekolah tak dedahkan maklumat ni kepada guru-guru. mungkin takut ramai sangat cikgu-cikgu keluar kursus agaknya, ataupun anggap benda ni tak penting.
biasa tiap-tiap tahun pakcik akan dapatkan takwim kursus ni dari pk koko atau pada kawan pakcik kat unit koko JPN. saja nak tengok.
pakcik sendiri dah habis semua kursus PKBM dan sekarang ni salah seorang daripada 3 orang pegawai kanan PKBM negeri Johor. tahun depan nak pergi kursus untuk sepak takraw pulak...sebab dah 3 tahun pegang kelab sepak takraw tapi belum ada apa-apa kelayakan lagi.