View Full Version: Suara guru kurang didengar kerajaan ?

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Pertanyaan/Cadangan/Masalah > Suara guru kurang didengar kerajaan ?

Title: Suara guru kurang didengar kerajaan ?

ideal - June 14, 2006 07:20 AM (GMT)
mengapa suara kita kurang didengar oleh kerajaan ? kalau dengar pun hanya seperti melepaskan batuk ditangga dan kadangkala saranan kita itu hanya bagai angin lalu.

adakah kesatuan kita tidak kuat ?
Atau
terlampau bayak kesatuan guru menyebabkan suara kita menjadi tumpul kerana tidak berpadu ?

hartiniazhar - June 14, 2006 04:34 PM (GMT)
:) Golongan guru ni macam terpinggir sebab tu kot suare kite takde sape nak dengor. Ade persatuan pun macam pak turut aje apa yg kerajaan buat dan kite pun terpakse akur. Pulak tu kene sain akujanji dan terikat dgn kerajaan. Agaknye tule kerajaan rase boleh buat sesuke hati deme. Di bawah nama kementerian, macam-macam program dibuat di peringkat sekolah. Macam sekolah saye ni ha.....ISOlah, Projek Memperkasakan Sekolah, Program NILAM dan etc,etc lagi. Saye pernah menjawab soal selidik ttg bebanan kerja cikgu dulu tapi sampai la ni........beban kerja guru semakin bertambah. Kalau polis dikaitkan dgn banyak rasuah, guru pula ramai masuk mental institution. Kalau dah terlampau tension dgn kerje, boleh sewel jawabnye! Tapi suare kite hanya didengar sipi-sipi je! :(

cikguonline - June 15, 2006 12:37 AM (GMT)
:setuju:

ideal - June 15, 2006 03:19 AM (GMT)
jadi , agak-agaknyer apa yg kita boleh buat untuk suara kita didengar ek ?

Asabakri - July 19, 2006 08:42 AM (GMT)
QUOTE (ideal @ Jun 15 2006, 11:19 AM)
jadi , agak-agaknyer apa yg kita boleh buat untuk suara kita didengar ek ?

Kita tidak bolehlah berikan pendapat secara agak-agak, sebab ada dalam Al-Qur'an Amaran Allah SWT:, iaitu maksudnya:

"Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja." [Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 10].

Implikasi maksud Ayat tersebut kita umat Islam yang Allah berikan akal kena berfikir bagi memastikan segala pendapat tang kita hendak sampaikan kepada orang lain, adalah mengandungi fakta dan ada justifikasinya. Kita di sini termasuklah Asabakri sama.

Asabakri - July 19, 2006 09:11 AM (GMT)
Bukan saja Kerajaan, malah tak ada sesiapa pun yang hendak mendengar (secara proaktif dan ambil tindakan selepas mendengar) apabila suara itu tidak dikemukakan tidak:

1. Mengandungi Fakta-fakta yang berjustifikasi hasil satu kajian atau research.
2. Dikemukakan melalui saluran yang cukup kuat sebagai pendesak

Perkara No.1, guru sendiri kena buat kajian, misalnya "Action Research" permasalahan di sekolahnya, dan hasil kajian itu dihantar kepada Kesatuan Guru yang kuat sekali bersuara, dan hantar juga kepada seorang ahli Parlimen yang paling lantang bersuara di Parlimen; minta dia suarakan di Parlimen agar Menteri Pelajaran boleh dengar.

Perkara No.2, pula melalui kajian seperti "Action Research" itu, yang disampaikan kepada Kesatuan, itulah caranya aahli-ahli kesatuan membantu dan memberikan sumbangan kepada Kesatuan. Ini adalah kerana Kesatuan tidak akan menjadi aktif sekira ahli-ahlinya senyap, tidak ada pun memberikan apa-apa sumbangan.

Setiap sekolah mesti ada ramai ahli Kesatuan, dan hendaklah dibentuk satu Jawatankuasa Kesatuan di Peringkat sekolah, sebagai mewakilan Kesatuan Indok. Apabila sudah ada Jawatankuasa, hendaklah diadakan mesyuarat selalu secara formal sebagaimana satu organisasi bagi menangani apa-apa jua masalah keguruan di peringkat sekolah; dan apabila tidak dapat ditangani, barulah diangkat ke Kesatuan Indok, PIBG, dan ke PPD dan Kementerian. Dan bentuk laporan yang hendak diangkat ke pihak atas itu hendaklah merupakan hasil kajian, walaupun kajian itu hanya ringkas seperti hasil "Action Research" itu.

Wasalam.

.

.

CgIT - September 5, 2006 08:55 AM (GMT)
:setuju: ;)

hartiniazhar - September 9, 2006 08:31 AM (GMT)
:) Sekiranye...semua sekolah dalam satu daerah membuat action research ni...tentu menuntut perhatian lebih serius dari pihak yang bertanggungjawab. Tapi...kalau action research kite tidak mendapat perhatian sewajarnye...ape yang patut kite lakukan? :hmm:

CgTni - October 2, 2006 11:57 PM (GMT)
QUOTE (hartiniazhar @ Sep 9 2006, 04:31 PM)
:) Sekiranye...semua sekolah dalam satu daerah membuat action research ni...tentu menuntut perhatian lebih serius dari pihak yang bertanggungjawab. Tapi...kalau action research kite tidak mendapat perhatian sewajarnye...ape yang patut kite lakukan? :hmm:

:stp: :hmm:

nurkamar - October 12, 2006 01:29 PM (GMT)
hubby kata (bukan cikgi).....

cikgu ni banyak no persatuan. macam mana nak selaras permintaan kalu tak seia sekata. mebi kerajaan pon pening. yg ni perjuang mende ni.yg tu perjuang mende tu.

sampai pernah sekali tanya gpk.. mana satu persatuan seswai nak join. dia cuma kata, "AKU PON TAK TAU" :stp: :stp: :stp: memasing perjuang utk dapat nama. bukan nak beria.

loorrr.... camtu lak ek? :hmm: :hmm: :hmm:

hartiniazhar - October 14, 2006 04:43 PM (GMT)
:) Teman tak berminat nak berpersatuan.......sebab nanti lebih dari tanggungjawab kite yang sebenornye...........I quote what my GB says...kite punye business core!

nurkamar - October 21, 2006 03:21 AM (GMT)
businesss is business.

but then we must remember dat the community need us to be with them ;)
& at the same time somebody to be 'hang over' .mana tau kot kot kene saman kaaa..... ade le tompat nak menyelamatkan diri. cam ceupacs ka.. dll lainlah kalau PIBG sekolah benar benar Persatuan untuk IB dan G :)

Asabakri - May 2, 2007 08:55 AM (GMT)
QUOTE (hartiniazhar @ Sep 9 2006, 04:31 PM)
:) Sekiranye...semua sekolah dalam satu daerah membuat action research ni...tentu menuntut perhatian lebih serius dari pihak yang bertanggungjawab. Tapi...kalau action research kite tidak mendapat perhatian sewajarnye...ape yang patut kite lakukan? :hmm:

Apabila berpersatuan, ia hendaklah dikendalikan secara profesiona; bermesyuarat juga hendaklah secara profesional; dan setiap aktiviti hendaklah menggunakan prinsip PDCA (Plan, Do, Check and Action); dan Plan pula mestilah koheren. Setiap aktiviti yang dirancangkan mestilah mempunyai Pelan Tindakan yang komprehensif, iaitu dari A - Z, dan dari sebelum A hingga selepas Z. Juga jangan lupa mesti adanya Pelan Gantian atau Contigency Plan.

Makna kata apabila berpersatuan bukanlah jenisnya ad-hoc. dan apabila bermesyuarat berjam-jam tanpa dikawal oleh Setiausaha. Agenda mesti diperuntukkan berapa minit iaitu jumlah masa untuk mesti diselesaikan, supaya mengelakkan adanya perbincangan yang tidak relevan dengan aginda. Setiausaha yang baik ialah sentiasa menawal Pengerusi supaya Pengerusi tidak melayani perkara yang tidak relevan dengan agenda, dan mengawal Pengerusi supaya Pengerusi tidak membebel pada perkara-perkara yang tiada kaitannya dengan agenda mesyuarat.

Apabila bermesyuarat mestilah difahami konsep mesyuarat, iaitu untuk membuat keputusan. DEngan sebab itu segala isu atau masalah yang hendak dibincangkan dalam mesyuarat hendaklah diedarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mesyuarat diadakan; supaya ahli-ahli mesyuarat memacanya lebih awal dan sudah pun tahu apakah isu dan masalahnya dan apakah keputusan yang hendak dicadangkan olehnya dalam mesyuarat. Dengan ini tidaklah membuang masa membincangkannya sewaktu mesyuarat diadakan, boleh terus segera saja kepada membuat keputusan.

Banyak orang silap apabila berperanan sebagai Setiausaha. Setiausaha sbenarnya adalah yang paling berkuasa dan boleh mengdelegasikan tugas-tugasnya kepada orang-orang lain. Konsep bahawa Setiausahalah yang mesti membuat minit mesyuarat adalah konsep lapok. Untuk mencatat dan membuat minit mesyuarat boleh digilir-gilirkan kepada ahli lain; dan Setiausaha cuma menyemak saja minit yang telah disediakan oleh ahli lain itu untuk ditandatangani, dicetak dan diedarkan.

Minit Mesyuarat mestilah diedarkan selewat-lewatnya 3 hari selepas Mesyuarat diadakan supaya yang diberikan tugas melaksanakan sesuatu mengikut keputusan Mesyuarat tidak melupakan tugasnya; dan bilakah tugasan itu mesti disiapkan hendaklah tarikhnya dinayatakan dalam minit Mesyuarat itu.

Peranan Penolong Setiausaha adalah pemantau kepada perjalanan aktiviti sama ada yang ditugaskan itu bergerak atau telah lupa; diperingatkan. Peranan Penolong Setiausaha juga adalah meninjau supaya diketahui apa-apakah masalah yang dihadapi yang mengekakng kelancaran sesuatu tindakan itu atau program yang hendak dilaksanakan itu. Jika tidak begitu, untuk apakah diwujudkan Penolong Setiausaha?

Jika ada hasil Action Research setelah dikemukakan kepada pihak Kesatuan tetapi tiada sebarang kepedulian atau tindakan diambil, susulilah dengan surat pertanyaan bertanya apakah rasinalnya tindakan masih belum diambil. Di samping itu, para guru berhak menemui Pengerausi PIBG mengemukakan hasil dapatan Action Research itu untuk dia membuat ssulan tindakan dan memanggil Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

Jangan tunggu Pengetua saja memanggil Mesyuarat sedangkan ahli biasa, iaitu guru juga berhak memohon supaya mesyuarat diadakan.

Di sekolah juga sudah tentu ada Setiausaha Staff (Guru). Melalui setiausaha ini boleh disampaikan surat kepada Pengerusi PIBG. Adalah tidak perlu surat itu dihantar melalui Pengetua/Guru Besar kerana guru juga adalah ahli kepada PIBG.

Yang sebenarnya Pengerusi PIBG boleh menghantar sura terus kepada Menteri Pelajaran. dan salinannya kepada Media. Bar Media siarkan permasalahannya. Itulah sebab jika melantik Pengerusi PIBG hendaklah melantik orang yang tahu membuat kerja sebagai Pengerusi PIBG, bukan oraang yang sibuk dengan politiik dan berpolitiking dan kerja-kerja peribadinya pun menimbun tak habis-habis.

Tidak suka berpesatuan sebab kerja terlalu banyak? Dirasakan kerja terlalu banyak itu disebabkan kurang kemahiran dari segi pengurusan masa dan kurang kemahiran dalam adanya pengaihan tugas dalam sesuatu organisasi itu.

Jika kita gunakan 1 jam seminggu diperuntukkan khas berpersatuan pun sudah memadai dapat memberikan sumbangan. Yang menjadi masalah ialah apabila berpersatuan fokus tidak ditumpukan kepada objektif eksplisit sesuatu perkara yang henak diadakan itu. Inilah sebabnya yang menjadikan persatuan itu lebih banyak akitiviti berlabun atau bersembang melalut-lalut kepada perkara yang tidak relevan.

Tujuan persatuan ialah untuk menyelsaikan masalah.

Wasalam.

hartiniazhar - May 5, 2007 04:28 AM (GMT)
"Jika kita gunakan 1 jam seminggu diperuntukkan khas berpersatuan pun sudah memadai dapat memberikan sumbangan. Yang menjadi masalah ialah apabila berpersatuan fokus tidak ditumpukan kepada objektif eksplisit sesuatu perkara yang henak diadakan itu. Inilah sebabnya yang menjadikan persatuan itu lebih banyak akitiviti berlabun atau bersembang melalut-lalut kepada perkara yang tidak relevan.

Tujuan persatuan ialah untuk menyelsaikan masalah."

:) Teman setuju bebenor ngan comment Asabakri di atas ni. It reminds me of teacher's meeting in school. Teman dah semakin boring ngan mesyuarat di sekolah bile melibatkan semue guru. Asyik bersembang lepas tu bile timbul satu masalah takde kata putus atau jln penyelesaian. Tergantung macam tu je! GB lak labun sorang-sorang die, meleret-leret panjang berjela-jela!

Asabakri - May 5, 2007 08:06 PM (GMT)
QUOTE (hartiniazhar @ May 5 2007, 12:28 PM)

"GB lak labun sorang-sorang die, meleret-leret panjang berjela-jela!"????

Itu jenisnya GB yang tidak tahu membezakan antara "Mesyuarat" dengan "Taklimat". Dalam mesyuarat boleh beri taklimat tetapi ringkas saja, itu sebab GB kena sedaiakan edaran apa maklumat yang nak dibentangkan sekurang-kuranya 3 hari sebelum mesyuarat diadakan; tak le payah nak bertaklimat dan membuang masa bercakap sendirian begitu.

Kalau nak beri taklimat buatlah "Sesi Taklimat" lengkap dengan CD dan power pints-nya, namun itu pun tidak boleh panjang-panjang. Taklimat adalah dlm bahasa Inggerisnya "Briefing", mesti "brief". Apabila tak faham maksud, bercakap pun jadi orang tak faham, kan? Kalau penting sangat mintalah GB itu copy CD banyak-banyak, edarkan kepada setiap guru, balik ke rumah boleh tonton awal-awal.

Peranan Setiausaha juga biasanya kena pergi jumpa GB/Pengetua bertanya, apakah agenda mesyuarat. Dari Agneda Mesyuarat itu dia patuttahu dan kena dapatkan drpd GB/Pengetua segala edaran yg hendak diedarkan dan fotostat secukupnya untuk diedarkan 3 hari sebelum mesyuarat, bagi peluang para guru membacanya di rumah. Ada masa untuk berfikir bagi membuat keputuan selama 3 hari itu.

Sekiranya da bahan-bahan yang hendak ditayangkan, SEtiausaha kekenalah minta Pen. Setiausaha atau mana-mana guru lain membantu menyediakannya.

Setiausaha kenalah pandai mengagihkan kerja, dan itu sebab namanya puun "Sttia" dan "Usaha".

SEtiausaha yang bijak, dia akan menetapkan masa bagi setiap Agenda; dan ditaipkan bagi sesuatu Agenda itu berapa minit, Misalnya

Agenda 1. 2.30 ptg - 2.35 ptg :Ucapan Guru Besra/Pengerusi:
Agenda 2. 2.35 pt - 2.45 ptg : Membentangkan Minit Dan
Perkara-Perkara Berbangkit

Dalam Agenda Hal-Hal Lain: Inilah masanya para guru boleh mengemukan segala cadangan/masalah dan kalau segan nak bercakap; sediakan saja Edaran dalam sehelai, fotostat dan diedarkan kepada semua guru. Tak payah kenalkan diri drpd siapa yang Edara itu, edarkan saja tanpa nama penululisnya.

Jika misalnya seseorang guru itu ada cadangan nak jadikan sekolahnya sentiasa banyak dana, buat cadangan macam mana nak dapatkan dana itu dalam satu edaran, dan edarkan. Contohnya yg pernah saya cadangkan yang berjaya ialah nak cari duit utk air-cok Perpustkaan. Dicadangkan supaya pihak sekolah mengirim surat kepada bekas-bekas murid yang kini dah kaya raya, dan dah yg bergelar Dato', Tan Sri, dan ahli Korporat, menyatakan bahawa pihak sekolah akan menamakan ibu/bapa atau dirinya jika pihaknya dapat memberikan sumbangan tertinggi Derma Meng-aircon Perpustakaan sekolah dengan kepada Perpustakaan sekolah itu.

Ingat kut boleh dapat dalam RM4000 pun dah cukup; tetapi respon yang diterima sampai RM35,000 jumlahnya; mereka berlumba-lumba kononnya yg paling tinggi menderma. Ada yang beri RM500, ada yang beri RM1000, ada yang beri RM8000,.., dan yg tertinggi itulah dinamakan Perpustakaan Sekolah itu dengan namanya: "PERPUSTAKAAN DAT'....". Akhirnya waktu itu, SEkolah tempat saya mengajar di luar bandar itu adalah sekolah yang pertama di Malaysia di luar bandar yg dilengkapi dengan air-con, dan bila duit dah dapat banyak, penuhkan dengan dibelikan pula buku-buku yang relevan dengan mata pelajaran membantu para pelajar yg takmampu nak beli buku-buku tambahan sendiri, mereka boleh pinjam.

Runsing juga hati melihat para pelajar dah majoritinya aghil baligh, tetapi sesi petang bila masuk waktu solat asar, para belajar itu macam tak reti saja dah masuk waktu asar, para guru, ustaz/ustazah pun buat tak reti saja kerana tak dijadul-waktukan untuk didirikan solat berjemaah dalam jadual waktu sekolah. Surau pun ada kecil sangat.

Tiba idea camana nak cari duit, nak perbesarkan surau dan kelengkap beratus-ratus paip air supaya boleh para belajar ambil wuduk seretantak. Senang saja, buat surat edaran seperti tadi kirimkan kepada bekas-bekas pelajar yang dah kaya raja itu dan juga ahli-ahli politik yang gilakan nakkan namanya terkenal; MENAMAKAN SURAU kepada penderma Tertinggi Jumlah Dermanya. Nah tengok responya, kita harap kut dapat 20,000 saja, tapi mencecah RM80,000.

Malahan jalan menujuk ke Sekolah itu pun (dalam kawasan sekolah) ada namanya, yang menderma tertinggi pula yg dinamakan.

Jika Bangunan sekolah sampai 4 tingkat, dah cukup tinggi. Tulis saja surat kepada Celcom ata Digi menawarkan di bumbung sekolah itu boleh dipasang alat pemancar masing-masing, disewakan RM1000 sebulan. Dua syarikat telekomunikasi itu terima tawaran, dah dapat RM2000 sebulan. Cukup untuk digunakan bagi membelikan multivitamins dan suruh para pelajar miskin itu telan setiap hari semasa REHAT, dan wang juga membantu mereka dalam apa saja seperti beli basikal, pakaian untuk mereka yg nampak sangat miskin.

Akhir-akhir ini dah ada sekolah yg membekalkan susu, hingga bebudak itu keracunan dan sakit perul. Kenapa nak diberi susu, macamlah benda lain tak berkhasiat. Cuba kita ke Farmasi minta tengok kotak sebotol SPIRULINA. Sama malahan lebih lagi khasiatnya daripada multi-vitamins. Tetapi sebotol SPIRULINA berbentuk tablet 100 biji harganya ada yang mencecag sampai RM79.00. Pada halnya jika kita beli SPIRULINA POWDER kalau tahu di mana nak beli, harganya 1 kg RM100. Bagi 1 kg, boleh diberi kepada pelajar miskin itu untuk 1000 hari (sehari 1 gram) dibancuh dengan air gula, jadilah JUS SPIRULINA.

Nak dapat RM100/ nak beli SPIRULINA POWDER itu, senang saja, buat lagi edaran untuk memberikan nama kepada satu Blok bangunan sekolah itu, sesiapa yg mendermakan tertinggi, nama blok sekolah itu akan mengambil sempena nama ib/bapa atau dirinya. Ada berapa blok ada? Ada 3. Bolok A namanya Bangunan Tan Sri ....., Blok B: Bangunan Dato......

Begitu juga Makmal Komputer di sekolah anda, sudah adakah nama diberi? Bilik-bilik Darjah, janganlah diberinama seperti nama burung, atau nama buah. Gunakan supaya dapat mendatangkan wang dengan nama orang yg sanggup menderma paling tinggi.

Kalau tak percaya, cubalah!.

Mengeloh bilik guru pun tak ada mesen fotostat. Saya senang saja, kebetulan Padang Sekolah di luar pagarnya jalan-raya yang sibuk. Bincang dengan Pengetua, apa kata kalau kita benarkan pengeluar mesen fotostat "CANON" menegakkan satu papan iklan di luar pagar sekolah itu, sewakan RM300 sebulan, dan syarikat itu beri percuma 2 mesen copier untuk bilik guru. Pengetua setuju, tulis surat kepada Pengarah Urusan syraikat tersebut di IBUPEJABT-nya. Dua minggu lepas itu mereka datang berbincang dan mereka bersetuju. Dah dapat pun 2 biji copier, tak adalah nak sedihkan diri kena pakai duit sendiri nak fotostat; sebab duit sewa tadi dah boleh menampung beli kertas dan dakwatnya.

Alahai, ramai juga sekolah di Luar Bandar itu

hartiniazhar - May 6, 2007 02:13 PM (GMT)
:) Bagusnye sekolah Asabakri tu, GBnye pun bagus juge. Teman salute mike!
Kalaule mesyuarat guru di sekolah saye boleh buat macam tu, tentu teman tak ndak balik rumah sendiri. Tapi apekan daye....bukan semue GB memandang jauh ke hadapan atau boleh tolerate. Cthnye, GB temanle. Tak tahule teman, dari ape yg teman tengok dan perhatikan, die amat takut sekali bile tibe bab duit. Kalau guru buat ape-ape program atau aktiviti bile sebut pasal duit, die le paling kuat melenting. Terbaru, kelas Pendidikan Khas sekolah teman adele buat program utk budak-budak deme. Cikgunye susah payah mintak sponsor hadiah dr. luar. Bile GB dpt tahu, ape die kate....(I quote) "Ape ke halnye mintak sponsor sesaje!!!?"
Itule remarks die. Teman jadi tak paham, labun die bukan main, cakap pasal kualitilah, prestasilah...tapi bile tibe bab macam ni, mulele merapu tak tentu pasal.

Dari keluhan cikgu-cikgu sekolah teman, kesimpulannye GB teman ni lebih suke orang bawahnye (cikgu-cikgule) gune duit sendiri dari mintak kat orang lain. Kalau gaji cikgu ade elaun keraian, no problem rasenye tapi cikgu pun kadang-kadang miss soru! Jenuhle kalau fotostat pun nak kene duit sendiri.

Bab fotostat nile teman pening. Ade mesinnye tapi takleh gune utk fotostat soalan, lembaran kerje. GB tak kasi! Apalagi, kami pun sembunyi-sembunyile fotostat sebab kalau terdesak, takkan kami boleh fotostat diluar. GB kate nak fototstat ape pun beri pade PAR pejabat utk fotostat kat luar (padehal mesin fotostat ade). Tapi PAR kitaorang ikut mood diele. Kalau die rajin, die pegi, kalau tak macam-macam alasan die beri, cthnye die kate mesti mintak kebenaran GB nak fotostat padehal GB dah beri permission!

Sekolah teman ni tak lepas dari ISO. Jadi semue kerje mesti ikut procedure, takleh main bantai je! Nak jadi cerite, ape saje kedai atau company yang nak berurus niaga ngan sekolah ni mesti ada recommendation dr. sekolah. Tapi last week, adele satu company datang buat promosi alatulis (takde recommendation pun!) boleh pulak. Yang dtg sebelum ni, belum lagi jejak kaki di pejabat dah kene halau! I called this double standard!

Jadi sebagai orang bawahannye, macam teman ni pertikaikan kepimpinan die dalam pentadbiran sekolah. Mase mesyuarat, kami pun cakaple ape yang kami tak puas hati tapi satu jawapan penyelesaian pun tak dibuat sebulat suare sebab GB suke labun sorang-sorang. Lame-lame kami pun naik fed-up sebab bile satu-satu masalah timbul balik, barule menggelabah kelam kabut buat keputusan. Bukan satu keputusan tapi 3 keputusan yg berlainan sebab ade 1 GB dan 2 PK sampaikan kami cikgu-cikgu pening kapla tak tahu mane satu nak ikut. PK Ko-Ku kitaorang tak kisah sebab die memang bengkek ngan GB dan tak masuk campur. (Die pun mcm kami, fed-up!)

Itule sebabnye kadang-kadang teman malas nak bermesyuarat. Kalau teman rase tak penting teman tak pegile sebab buang mase je dengor GB labun sorang-sorang. Pernah name teman diblacklist sebab asyik monteng mesyuarat tapi teman tak kisah sebab GB teman pun tak berape suke ngan teman. Agaknye die tunggu mase dan peluang nak halau teman dr sekolah ni. Takpelah...sebab teman pun dah lame bebenor di sekolah ni, dah lebih 10 tahun dah!

Ape yang teman jage ialah P&P teman dlm kelas because I quote what my GB said P&P ialah business core kite (takle teman pasti die tahu ape makne nye tu!) Mengajor tu satu amanah pade teman jadi teman mengajor selagi boleh because I know that's what I'm good at! Bile anak murid paham dan aplikasikan ape yang kite ajor, mase tule teman paling gembira sekali sebab puas hati! :love:

Asabakri - May 7, 2007 08:20 PM (GMT)
QUOTE (hartiniazhar @ May 6 2007, 10:13 PM)

Bagusnye sekolah Asabakri tu, GBnye pun bagus juge. Teman salute mike!

[ ULASAN:
GB yang macam itu yang sebenarnya takutkan para guru melibatkan diri dengan rasuah kerana kecetekan fikiranya yang anggap “sponser” daripada sesiapa itu juga adalah merupakan rasuah. Dengan sebab itu GB macam ini kena ditangani secara formal. Misalnya apa-apa program jika jenis yang bukan daripada arahannya, kita kena buat Ketas Cadangan atau kertas kerja bertulis dan dilengkapi dengan PELAN TINDAKANNYA. Siapkan Format Kertas Cadangan dan Pelan Tindakan (dalam bentuk Borang) dlm computer – dan isi saja. Apabila sampai ke tajuk Perbelanjaan (Sumber Kewangan); taipkan dari sumber mana wang itu boleh diperolehi dan senaraikan nama-nama syarikat atau sesiapa yang akan menjadi Sponsernya.

Dan dalam Kertas Kerja itu juga lampirkan siap-siap surat gunakan letterhead sekolah, memohon bantuan kewangan atau memohon sponser; kalau ada sepuluh bakal sponser, 10 surat dikepilkan; tetapi setiap surat itu jangan ditandatangani; supaya GB yang menandatanganinya dan mengirimkannya kepada para syarikat atau pihak yang nak jadi sponser itu.

Itulah caranya yang saya buat, Pengetua saya suka pula cara itu sebab bagaikan saya membantnya mendapatkan sponser, atas namanya yang memohon. kerana dia yang tandatangan, bukan saya. Lagi pun sebagai guru adalah salah dari segi pertauran menulis terus kepada pihak luar (kecuali kepada Pengerausi PIBG) bagi apa-apa yang berkaitan dengan hal sekolah. Semua surat ke luar (walau pun kepada ibu bapa murid) mesti melalui surat rasmi melalui Pengetua/Guru Besar, supaya salinannya tersimpan dalam fail di pejabat.

Masalahnya ialah mengikut perturan bahawa guru tidak boleh memungut wang daripada murid dan juga orang luar atau syarikat. Jika sponser nak bagi cek, nak tulis atas nama siapa? Itu sebabnya kita boleh gunakan yang memohon sponser itu adalah PIBG, gunakan akaun bank PIBG, di mana jika mana-mana syarikat nak sponser, cek boleh ditulis atas nama PIBG. Dari PIBG-lah kita boleh dapatkan wang tersebut. Itu sebabnya saya misalnya dengan Pengerusi PIBG bagaikan isi dengan kuku, gunakan pengaruh melalui Kertas cadangan dan Pelan Tindakan yang siap, yang beliau tidak boleh nak pertikaikan.]

Dari keluhan cikgu-cikgu sekolah teman, kesimpulannye GB teman ni lebih suke orang bawahnye (cikgu-cikgule) gune duit sendiri dari mintak kat orang lain. Kalau gaji cikgu ade elaun keraian, no problem rasenye tapi cikgu pun kadang-kadang miss soru! Jenuhle kalau fotostat pun nak kene duit sendiri.

[ULASAN:
Kita kena ingat bahawa sebagai guru kita adalah menjalankan tugas yang berkaitan dengan URUSAN SERI PADUKA BAGINDA, bukannya urusan peribadi. Dengan sebab itu tak ada sebab pula kita pula yang kena pakai wang sendiri.

Apabila GB asyik minta guru gunakan wang sendiri begitu, ini menunjukkan GB itu sendiri tak faham apa dia URUSAN SERI PADUKA BAGINDA.

Bab fotostat ni pun satu hal. Ke mana perginya yuran yang dipungut daripada murid-murid, iaitu Yuran khas untuk alat-tulis? Sedangkan setiap sekolah sudah ada Kerajaan bagi peruntukan membeli alatulis, kertas peperiksaan dan lain-lain. Wang Yuran murid, ada berapa ratus murid, dah berapa banyak? Justeru kenapa pula nak pakai wang sendiri? Itu sebabnya saya dari awal tahun lagi, bagi setiap mata pelajaran yang saya mengajar; saya dah minta Kertas 30 reams; jika tidak dibuat begitu kertas habis, nak minta kat siapa? Tak ada fasal nak pakai wang sendiri pula hal yang berkaitan dengan URUSAN SERI PADUKA BAGINDA.]

Bab fotostat nile teman pening. Ade mesinnye tapi takleh gune utk fotostat soalan, lembaran kerje. GB tak kasi! Apalagi, kami pun sembunyi-sembunyile fotostat sebab kalau terdesak, takkan kami boleh fotostat diluar. GB kate nak fototstat ape pun beri pade PAR pejabat utk fotostat kat luar (padehal mesin fotostat ade). Tapi PAR kitaorang ikut mood diele. Kalau die rajin, die pegi, kalau tak macam-macam alasan die beri, cthnye die kate mesti mintak kebenaran GB nak fotostat padehal GB dah beri permission!

[ULASAN:
Pelek pulak, apa fasal GB tak bagi gunakan? Memanglah GB tak bagi sebab banyak kes guru salah-gunakan mesen fotostat untuk kegunaan peribadi. Tetapi kalau yg berkaiatan dengan P&P jika GB tak bagi maknanya GB itu telah menyalahgunakan kuasa. Cuba cara ini, iaitu sediakan bahan yang nak difotostat itu seminggu sebelumnya digunakan, dan letakkan master-copies yg nak difotostat itu di atas menja GB dan tulis catatan: Tolong fotostatkan sebanya sekian-sekian salinan untuk saya gunakan pada tarikh sekian-sekian.

Dua hari seblum tarikh nak digunakan pergilah menemuinya, jika GB tak urusakan siap fotostat, tanya dia, saya nak mengajar macam mana? Kalau dia kata gunakan wang sendiri, tanya dia balik, “Cikgu macam mana, adakah Cikgu gunakan wang sendiri dalam melaksanakan tugas di sekolah ini?”

Yang sebenarnya, bertindak tak boleh seorang diri. Dalam mesyuarat guru, suarakan permintaan supaya sekolah mesti benarkan guru menggunakan mesen fotostat dan kertas yg dibekalkan oleh sekolah. Jika dalam mesyuarat itu GB kata “TAK BOLEH”, pakat lepas saja mesyuarat 10 orang guru pergi berdepan dengannya dan asak dia, pertikaikan macam mana boleh begitu sebab sekolah-sekolah lain membenarkan mesen fotostat digunakan. Masalahnya ialah para guru sendiri jenis penakut nak bersuara, takut dianggap melawan, takut GB tak bagi markah prestasi tinggi. Saya tidak begitu, sediakan hujah ata rasionals yang Pengetua tak boleh nak pertikaikan, pasti dia akan mengalah. Kalau dia tak mengalah, katakana kepadanya bahawa perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Tahunan PIBG dan akan dedahkan sikapnya.

Saya juga pernah berhadapan dengan Pengetua BODO (Buat Onar Dalam Organisasi) yang kita ni kena dengar cakap dia saja; tidak mahu mengalah langsung bagaikan harta sekolah itu bapak dia punya. Kalau sunat berbohong, saya berbohong kepadanya. Semasa berbual-bual denganya (casual talk) saya kata padanya: “Ketua Pengarah Pelajaran ada tanya saya camana keadaan sekolah kita, ada apa masalah?”. Sama ada dia tanya atau tidak, saya buat selamba saja katakana kepadanya: “Minggu sudah dia ada datang singgah ke rumah nak berjumpa dengan emak saya; emak saudara dia juga!”. Sejak itu, dia hormatkan saya, dan dengar saja kata saya; senang saya menjalankan tugas. Itulah politik iaitu orang kata sebagai “office politics”, kita kena pandai; tetapi kita janganlah ambil kesempatan; sebab kita bekerja adalah Kerana Allah.

PAR kata mesti minta kebenaran GB kalau nak fotostat? Senang saja. Sediakan Surat mengarahkan PAR itu memfotostat, kosongkan tarikhnya dan kosong jumlah salinan yang hendak difotostat, dan kosongkan di bawahnya bagi tempat GB tandatangan dan tarikh untuk GB tulis. Setiap kali nak fotostat, jumpa GB dulu, minta dia tandatangan. Lepas itu bawa surat itu tunjukkan kepada PAR itu, tak payah dia nak suruh-suruh kita pula nak dapatkan kebenaran lagi drpd GB.]

Sekolah teman ni tak lepas dari ISO. Jadi semue kerje mesti ikut procedure, takleh main bantai je! Nak jadi cerite, ape saje kedai atau company yang nak berurus niaga ngan sekolah ni mesti ada recommendation dr. sekolah. Tapi last week, adele satu company datang buat promosi alatulis (takde recommendation pun!) boleh pulak. Yang dtg sebelum ni, belum lagi jejak kaki di pejabat dah kene halau! I called this double standard!

[ULASAN:
Ikut prosedur itu memang bagus, asalkan jangan ke tahap seperti birokrasi yg mengekangkan kerja. Salin maksud al-hadis ini dan poskan saja kepadanya sebagai surat:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seberat-berat agama ialah memelihara Amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga Amanah, bahkan tidak diterima sholat dan zakatnya.” [Hadis Riwayat Al-Bazar].

Diharap dia akan faham maksud hadis tersebut.]

Jadi sebagai orang bawahannye, macam teman ni pertikaikan kepimpinan die dalam pentadbiran sekolah. Mase mesyuarat, kami pun cakaple ape yang kami tak puas hati tapi satu jawapan penyelesaian pun tak dibuat sebulat suare sebab GB suke labun sorang-sorang. Lame-lame kami pun naik fed-up sebab bile satu-satu masalah timbul balik, barule menggelabah kelam kabut buat keputusan. Bukan satu keputusan tapi 3 keputusan yg berlainan sebab ade 1 GB dan 2 PK sampaikan kami cikgu-cikgu pening kapla tak tahu mane satu nak ikut. PK Ko-Ku kitaorang tak kisah sebab die memang bengkek ngan GB dan tak masuk campur. (Die pun mcm kami, fed-up!)

[ULASAN:
Sebenarnya dalam mesyuarat, mesti adanya keputusan bagi perkara yang dibangkitkan itu, jika tidak, bukanlah mesyuarat namanya, buat buang masa sajalah! Tak kira kita sebagai orangbawah, tapi mesyuarat adalah mesyuarat; kita berhak meminta dengan tegas bahawa keputusan mesti ditetapkan.

Keputusan tak semestinya datangnya dari GB. Kita mesti sendiri usulkan apa keputusannya; dan terus kita minta guru-guru lain menyokong dengan berkata: “Cikgu-cikgu seklian, siapa yang bersetuju dengan cadangan saya sebagai keputusannya, sila angkat tangan.”. Lihatlah jika majority guru bersetuju dan menyokong, maka katakanlah: “Terima kasih. Bahawa itulah keputusan mesyuarat kali ini!” Jika GUB tak setuju, biarkanlah GB buat kerja tu seorang diri, sebab kita kena ikut suara majority].

Itule sebabnye kadang-kadang teman malas nak bermesyuarat. Kalau teman rase tak penting teman tak pegile sebab buang mase je dengor GB labun sorang-sorang. Pernah name teman diblacklist sebab asyik monteng mesyuarat tapi teman tak kisah sebab GB teman pun tak berape suke ngan teman. Agaknye die tunggu mase dan peluang nak halau teman dr sekolah ni. Takpelah...sebab teman pun dah lame bebenor di sekolah ni, dah lebih 10 tahun dah!

[GB yang suka berlabon seorang itu senang saja. Jika anda duduk jauh dari kerusinya, anda tulis saja Nota: “URUSAN SERI PADUKA BAGINDA…. HARAP TUMPUKAN KEPADA TAJUK ATAU AGENDA MESYUARAT. JANGAN BUANG MASA”. Paskan nota itu kepada rakan disebelah untuk disampaikan kepada GB itu. Atau anda bangun dan paskan sendiri Nota itu kepadanya.]

Ape yang teman jage ialah P&P teman dlm kelas because I quote what my GB said P&P ialah business core kite (takle teman pasti die tahu ape makne nye tu!) Mengajor tu satu amanah pade teman jadi teman mengajor selagi boleh because I know that's what I'm good at! Bile anak murid paham dan aplikasikan ape yang kite ajor, mase tule teman paling gembira sekali sebab puas hati

[ULASAN:
Memanglah, itulah kepuasan yang sebenarnya. Tetapi nak jalankan “core business” itu mestilah atas URUSAN SERI PADUKA BAGINDA, bukan guna wang sendiri. Pihak GB mesti pastikan segala keperluan bagi guru melaksakan “core business” itu adalah mencukupi dan siap sedia ada boleh digunakan. Kalau kerja di pejabat pen sebatang pun Kerajaan bekalkan, kenapa pula para guru mesti pula kena beli sendiri, sedangkan kita sama saja dengan mereka yang bekerja di pejabat itu dari segi keperluan bahan dan alat-tulis; adalah kerana URUSAN SERI PADUKA BAGINDA, kan?]

Hosted for free by InvisionFree