View Full Version: Info Kesihatan

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Kantin > Info Kesihatan



Title: Info Kesihatan
Description: Cara hidup sihat!


hartiniazhar - June 4, 2006 04:07 PM (GMT)
:) Menurut kajian US Centre for Disease Control and Prevention, National Cancer Institute, World Health Organisation dan Canadian Public Health Association, 14% daripada penduduk dunia yang merokok adalah golongan remaja dan mula merokok sejak berumur 10 tahun. Dalam dunia ni ada 1.2 billion perokok yang terdedah kepada penyakit berbahaya seperti sakit jantung. Perkara yang amat dibimbangi ialah ramai remaja di negara membangun ketagih merokok dan jumlah perokok di kalangan remaja akan meningkat naik.

:) Masyarakat Malaysia ni mempunyai tabiat pemakanan yang buruk dan mengundang penyakit seperti masalah obesiti, diabetis, penyakit jantung koronari dan sebagainya. Tabiat makan yang buruk ialah seperti tidak membaca label makanan, makan digerai atau kedai yg kotor, makan mengikut selera tanpa pertimbangan masa dan makan hampir waktu tidur.

:) Penyebab utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular yang terdiri daripada penyakit jantung koronari dan angin ahmar atau strok. Hampir 30 % kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia disebabkan penyakit kardiovaskular. Di antara punca utama kematian penyakit kardiovaskular adalah penyakit jantung koronari yang merupakan 18 % daripada kesemua kematian di negara kita. Penyakit jantung koronari adalah merupakan pembunuh utama diikuti dengan angin ahmar/strok (10%). Faktor risiko utama penyebab penyakit jantung koronari dan angin ahmar/strok adalah;

1. Gaya hidup tidak aktif.
2. Amalan pemakanan yang tidak sihat.
3. Tabiat buruk merokok.

Pada tahun 1995 hampir 95,000 orang telah dimasukkan ke hospital-hospital kerajaan di Malaysia. Kadar kemasukan kes kardiovaskular adalah hampir 500 orang bagi setiap 100,000 penduduk, ini bermakna bagi setiap 1,000 orang, 5 orang akan dimasukkan ke hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Penyakit diabetis juga berkait rapat dengan gaya hidup sihat yang tidak aktif. Ini juga merupakan salah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Prevalen penyakit diabetis di Malaysia juga telah meningkat dari 6.3 % pada tahun 1986 ke 8.2 % pada tahun 1996. Kos rawatan untuk penyakit diabetis juga semakin meningkat akibat komplikasi yang dihadapi oleh pesakit diabetis seperti penyakit buah pinggang, jantung dan kebutaan.

Kanser juga merupakan pembunuh utama kelima di Malaysia ( 9.0 % daripada keseluruhan kematian ). Kanser payudara juga dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif adalah merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan wanita di negara ini.

Kejadian beberapa penyakit kronik berhubung rapat dengan gaya hidup yang tidak aktif. Kajian senaman yang dijalankan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 1996 di seluruh negara menunjukkan hanya 11.6 % daripada rakyat Malaysia yang aktif bersenam ( bersenam sekurang-kurang tiga kali seminggu ). Manakala 69.1 % tidak mengamalkan senaman dan selebihnya mengamalkan senaman satu atau dua kali seminggu. Golongan yang didapati amat kurang bersenam ialah wanita, pekerja sektor swasta, penduduk luar bandar dan mereka yang meningkat tua.







Hosted for free by InvisionFree