Title: GSP
Description: Program mudah bagi lukisan rajah
paloma - June 2, 2006 08:07 AM (GMT)
Nak tanya kawan2 semua.... pernah tak dengar tentang GSP... kalau tak silap nama penuhnya Geometer's Sketch Pad.
Saya memang gunakan program ni untuk buat gambarajah dalam penyediaan bahan untuk Matematik. Memang banyak manafaatnya. Cuma saya ingin tinjau2 kalau2 ada versi yang terkini yang dikeluarkan oleh pihak KPM. Yang saya dapat ni pun adalah atas lesen KPM semasa menghadiri kursus tentang penggunaan buku teks 1.5 tahun lepas. Mungkin ada versi terkini? Harap kawan2 dapat berikan sedikit maklumat...
cikguonline - June 2, 2006 10:46 AM (GMT)
Cikgu Paloma guna versi berapa? Hasil dari pada carian saya saya jumpa yang ni versi 4.06 tapi kene bayar la.
http://www.keypress.com/sketchpad/
paloma - June 4, 2006 03:59 PM (GMT)
Terima kasih tuan moderator. Saya dah layari web yg cikgu berikan tu.
Yg ada kat saya sekarang ialah versi 4.05. Maknanya saya tertinggal satu tahap dari versi terkini. Malangnya program ni tak support utk auto update, tak spt program2 yg biasa kita ada.
Mungkin saya boleh dptkan maklumat melalui Jab Pend. ttg versi terkini yg KPM bekalkan. Saya dapat ni pun secara percuma sbb ini mmg versi yg dilesenkan utk KPM. Kot2lah ada member2 kita yg boleh dapatkan di sini.
:)
cikguonline - June 5, 2006 01:04 AM (GMT)
besar ke fail program tersebut? kalau kecik je leh kongsi software ngan cikgu mate yang minat?
paloma - June 5, 2006 02:21 PM (GMT)
Cikgu... saiz fail tu lebih kurang 44 MB. Tak ada masalah kalau nak dikongsikan.... sebab saya pun dapat melalui KPM. Tapi macam mana cara saya nak kongsikan program tu dgn kawan2 melalui ruangan ni. Harap cikgu dapat beri tunjuk ajar.
cikguonline - June 6, 2006 04:39 AM (GMT)
wa besar jugak file tu. saya harap paloma boleh upload kat link di bawah. sbb melalui laman web di bawah kita boleh berkongsi file dari seorang user ke seorang user yang lain tapi mesti dalam network kita la. Harap pasni ramai lagi yang joint boleh kongsi file-file,softare,borang2 yg boleh di gunakan di sekolah.
http://www.box.net/signup/invitation/sham4931@yahoo.com
paloma - June 6, 2006 04:08 PM (GMT)
Cikgu....
Saya dah cuba tapi tak berjayalah. Mungkin saya tak pandai...
Pohon tunjuk ajar dari cikgu. Yg saya nak upload ni satu folder setup program GSP. Tak pandailah cara nak upload tu.
:hmm:
sherrina - June 7, 2006 02:59 AM (GMT)
cikguonline - June 12, 2006 10:14 AM (GMT)
| QUOTE (paloma @ Jun 7 2006, 01:08 AM) |
Cikgu....
Saya dah cuba tapi tak berjayalah. Mungkin saya tak pandai...
Pohon tunjuk ajar dari cikgu. Yg saya nak upload ni satu folder setup program GSP. Tak pandailah cara nak upload tu.
:hmm:
|
Ha saya dah perasan cikgu paloma dah register
cikgu bukak akaun box.net tu
1. pilih pada tool
2. pastu upload file
3. kemudian akan keluar popup upload file ambik method add file
4. Cikgu cari file yang nak di upload tu kemudia upload.
5. setelah selesai mengupload klik sebelah kanan mouse pada file yang hendak di kongsi tersebut dan pilih public share.
6. kemudian dia akan bagi URL di mana file itu di simpan.
7. cikgu paste kan URL tu di sini ye.
suhaimi R - June 23, 2007 03:08 AM (GMT)
tolong ajar aku buat graph trigo function guna sketchpad..
haritu cikgu ang just crita sj ngan aku...aku pun kekonon paham, rupanya bila buat tak dapat.