:) KUALA LUMPUR 30 Mei - Sebanyak 65 orang terbunuh di seluruh negara dalam 56 kemalangan maut dan 4,125 kemalangan biasa sejak cuti persekolahan bermula empat hari lalu.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II, Nooryah Md. Anvar yang melihat angka itu sebagai membimbangkan berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara.
``Dalam masa sehari dianggarkan 16 orang terbunuh jika dibandingkan dengan jumlah kematian ketika Ops Sikap X iaitu sebanyak 11 orang sehari dalam tempoh yang sama.
``Jumlah tersebut amat membimbangkan dan mengecewakan. Ini kerana rata-rata mereka yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya bukan disebabkan kecuaian orang lain tetapi diri sendiri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam Ops Sikap X yang dilancarkan sempena cuti Tahun Baru Cina Januari lalu, sebanyak 44 kematian dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam masa empat hari.
Menurut Nooryah, penunggang motosikal masih mencatatkan kematian tertinggi dengan 28 orang diikuti pemandu kereta (13), penumpang kereta (lapan), pejalan kaki (enam), pembonceng motosikal (tiga), penunggang basikal (tiga), kelindan lori (dua), pemandu bas (satu) dan penumpang bas (satu).
Katanya, mengikut perangkaan yang dikeluarkan di seluruh negara setakat semalam, sebanyak 34 kes kemalangan maut dilaporkan melibatkan motosikal.
``Penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan angka kematian tertinggi.
``Ini amat menyedihkan kerana kebanyakan yang terbunuh merupakan orang Melayu,'' tegas beliau.
:cry: Sedih sangat bile melihatkan rakyat kite masih lagi di takuk lame, tak berubah-rubah bile tibe bab memandu di jalanraye. Lagi sedih yg mati accident tu kebanyakannye orang Melayu. Kenape kite masih lagi tak sedor diri lagi? Sampai bile nyawa nak melayang? Agaknye sebab itule Kementerian Pelajaran memperkenalkan topik keselamatan jalanraya dalam subjek BM untuk Tahap 1 tak lame lagi. Harap-haraple berkesan.
Berhati-Hati di jalan raya. Ingat orang yg tersayang.
:) Tahun ni saje saye mengalami dua kejadian yg tak dapat dielakkan di jalanraye. Pertama...terlanggar divider tengah jalan di highway akibat terlalu mengantuk sangat. Itu teman akui salah teman sendiri. Yele....kalau mengantuk berhenti dulu, tido kejapke atau basuh mukeke....ini tidak...nak cepat sampai ke tpt kuliah...terus bammmm! Keduenye, kejadian ni baru lagi terjadi minggu sudah. Suami teman yg selalu berhati-hati dan terlalu menjage keretenye pun tak terlepas. Dlm perjalanan ke KL baru ni kerete teman rosak kat highway. Bile bukak bonet depan...didapati hose pecah, kasket bocor, kete berasap dan temperature naik. Apelagi tersadaile kete kat Bidor selame seminggu...hari Sabtu ni baru siap. Apelagi terpaksele teman satu family patah balik ke Ipoh dan tumpang kete adik balik ke rumah. Kesimpulannye, dlm kite berhati-hati dan menjage kete dgn baik pun, kalau dah nak kene takleh nak elak! :ah:
Kemalangan adalah tidak berbau kata orang tetua, tetapi faktor-faktornya Kerajaan sendiri dan mahajana jga mengetahuinya. Cuma kenapa adanya perjalanan jauh menggunakan jalan raya bagi kakitangan kerajaan, termasuk para guru perlu dilaksanakan apabila bercuti balik ke kampung misalnya?
Kenapakah Kementerian Pelajaran misalnya tidak dijadikan polisi bahawa penempatan guru hendaklah di daerah guru itu dilahirkan atau di daerah di mana ibubapanya tinggal, melainkan jika guru itu memilih untuk berkhidmat di perantauan? Jika ini dapat dilaksanakan dapatlah mengurangkan kesesakan jalanraya dan kemalanagan jalan raya. Dan para guru pula dapat menjimatkan wang perbelanjaan setiap kali cuti kerana nak pergi dan balik ke kampung; dari segi kena bayar tol dan petrol.
Timbul pula masalah, iaitu adakah pihak PLUS bersetuju dengan polisi seperti itu kerana bagi pihak PLUS apa saja pun polisi yang mengurangkan jumlah penggunaan kenderaan di Lebuhraya akan merugikan pihaknya.