View Full Version: Maksiat di kampus mengejutkan, 10,000 kes setahun!

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Sembang Umum > Maksiat di kampus mengejutkan, 10,000 kes setahun!



Title: Maksiat di kampus mengejutkan, 10,000 kes setahun!
Description: Terkejut beruk, teman......!


hartiniazhar - May 29, 2006 04:58 AM (GMT)
:o: Dalam pada kita heboh berbahas berkenaan 'Moral Policing' serta perlakuan sumbang dan lucah di khlayak ramai, dengan takdir Allah SWT terkeluar pula satu angka baru yang sungguh memeranjatkan dan seharusnya menjadi iktibar kepada kita semua.

Menurut Berita Harian: "KHALWAT dan berdua-duaan adalah kes yang paling tinggi dikenakan tindakan tatatertib mengikut Akta Universiti dan kolej Universiti (Auku) 1971.

"Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Dato' Dr Adham Baba, berkata sejak 1971 hingga awal tahun ini sebanyak 381,735 kes membabitkan khalwat dan berdua-duaan dikenakan tindakan tatatertib."

Bermakna sepanjang tempoh 35 tahun iaitu dari 1971 sehingga 2006 terdapat 381,735 kes maksiat ini yang dikenakan tindakan tatatertib. Itu tidak termasuk kes-kes yang terlepas pandang. Bermakna juga secara average terdapat 10, 906 kes seumpama ini setiap tahun di IPTA kita!

Ini sudah pasti melibatkan pelajar-pelajar cemerlang kerana pelajar-pelajar yang lemah tidak dapat melangkahkan kaki ke IPT. Dalam erti kata lain perlakuan maksiat ini diperlakukan oleh anak-anak yang cerdik yang berpendidikan, bayangkan bagaimana pula angkanya bagi mereka yang di luar, yang tiada peraturan dan kawalan!

Kesimpulannya isu maksiat dan kemungkaran ini sudah sampai ke tahap di luar kawalan. Maka wajarlah kita khasnya mereka yang berkuasa mengambil langkah mengawal dan menyekat perkara ini dari terus berleluasa.

Kerana itulah 'Moral Policing', pendidikan akhlak dan agama perlu diberi perhatian dan penekanan yang serius. Jika tidak maka kita akan mengundang keruntuhan bangsa dan agama kita sehingga hilanglah nilai maruah dan harga diri buat selama-lamanya.

Jangan dilayan dan diraikan mereka yang menuntut hak dan kebebasan dalam perkara-perkara yang melibatkan akhlak, kononnya mahu bebas seperti Barat, kerana ianya akan hanya meruncingkan lagi keadaan.

Apa guna kita melaung sehingga serak-serak anak tekak 'BELIA BOLEH, BELIA BOLEH' tetapi hakikatnya akhlak belia kita sedang teruk terkikis menunggu masa untuk runtuh dan ranap.


ideal - June 14, 2006 02:49 PM (GMT)
benar ! maka kita sebagai guru mempunyai peranan yang cukup besar dalam hal ini. Sedarkan mereka ( pljr kita ) dari peringkat sekolah lagi , terapkan sifat bencikan MAKSIAT . Beri kesedaran kepada mereka apakah itu maksiat dan bahana yg akan mereka terima jika mereka lakukan juga perkara tersebut.

sebagai guru kita harus sedar , kita bukan sahaja bertanggungjawab mengeluarkan insan yg bijak dalam pelajaran tapi harus seimbang segalanya , sesuai dengan falsafah pendidikan kebangsaan yg kita dok junjung tu.

sherrina - June 21, 2006 03:11 AM (GMT)
saya lihat dulu2 di Universiti, pasukan dakwah islamiah bergerak cergas. Ada Persatuan Mahasiswa Islam. Adakah ia masih cergas macam dulu?

Malu tgk yg ramai berdua2an tu org kita. org bangsa lain dapat jejak U blaja pulun2. org kita mentang2 senang masuk U, blaja relaks2 aje.

hartiniazhar - June 22, 2006 09:15 AM (GMT)
:) Habis camno nak bergerak cergas kalau kerajaan takut sangat dengan pasukan atau persatuan dakwah Islamiah. Silap haribulan kena cop terrorist plak! Lepas tu...jawabnye...ISAlah! Sedangkan pelajar kite baru balik belajar kat luar negeri di tangkap kat airport (belum jumpa makbapak lagi!), inikan pulak pelajar kite kat U tempatan. Tapi sebenornye, ramai pelajar U kite kene tangkap......TANGKAP BASAH....sebab berdue-duean di tpt gelap. Lepas tu tak serik-serik lagi...buat lagi sampai syok....bile dah syok barule nampak hasilnye.....satu nyawa tak berdose.....tapi dibuang kat tong sampah macam sisa makanan. Itule kejam, namenye! Yang menyedihkan, inilah pelajar yg kite hasilkan dari dasar pendidikan kite! Kerajaan tutup sebelah mate, je! Janji....Malaysia boleh! :cry:

Asabakri - August 25, 2006 09:54 AM (GMT)
QUOTE
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa  kamu tidak akan diperkenankan.” [Hadis Riwayat Abu Daud.




Hosted for free by InvisionFree