View Full Version: Tariff Letrik Naik Jun ni!

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Sembang Umum > Tariff Letrik Naik Jun ni!



Title: Tariff Letrik Naik Jun ni!
Description: Melampau atau Munasabah?


hartiniazhar - May 25, 2006 10:54 AM (GMT)
:) Tarif elektrik naik 12 peratus 1 Jun
Oleh Mutazar Abd Ghani dan Shamshul Azree Samshir

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan struktur baru tarif elektrik di Semenanjung membabitkan kenaikan pada kadar purata 12 peratus, berkuat kuasa bulan depan.

Bagaimanapun, kenaikan itu tidak membabitkan kira-kira tiga juta isi rumah yang menggunakan tenaga elektrik kurang 200 kilowatt sejam (kwh) atau kadar bil bulanan kurang daripada RM43.60.

Kabinet memutuskan kadar sedia ada 21.8 sen setiap kWh bagi pelanggan kategori itu, dikekalkan.

Ketika mengumumkan struktur baru itu, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencadangkan kenaikan purata 20 peratus bagi semua pengguna merangkumi sektor kediaman, komersial dan industri.

“Selepas dikaji dengan teliti dan dibincangkan mendalam, Kabinet meluluskan kenaikan 12 peratus secara purata,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Ketua Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohamad Noh.

Di TOKYO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan kenaikan itu berpatutan kerana 59 peratus daripada 5.1 juta isi rumah di negara ini dikecualikan daripada caj baru itu.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas Kabinet mengambil kira kepentingan rakyat berpendapatan rendah, TNB dan syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).

“Kerajaan tidak boleh ambil sikap tidak mahu menaikkan tarif kerana apa yang berlaku kepada TNB nanti boleh memudaratkan ekonomi kita. Kerajaan juga memikirkan kebajikan dan keperluan rakyat. Kita tidak mahu rakyat terlalu susah ekoran sesuatu tindakan yang kerajaan mesti ambil.

“Saya harap rakyat terima, ini tak boleh elak lagi walaupun ia jadi tindakan tidak popular. Tindakan ini melambangkan kita bertanggungjawab kepada pihak berkaitan, iaitu rakyat, TNB dan IPP,” katanya yang dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Jepun.

Beliau menjelaskan, Kabinet juga memutuskan supaya Dr Lim meneruskan perbincangan untuk mencari rumusan terbaik berhubung kontrak pembekalan tenaga antara TNB dan IPP.

“Bukanlah satu tindakan yang melanggar kontrak apabila kita mencadangkan supaya kerajaan dan IPP berbincang untuk mengatasi masalah yang dihadapi TNB,” katanya.

Sementara itu, Dr Lim berkata, kedudukan kewangan TNB dijangka bertambah baik dengan pengenalan struktur baru itu, malah syarikat berkenaan dijangka mencatat perolehan tahunan sebanyak RM1.5 bilion.

Ini adalah kali pertama struktur tarif elektrik selepas tiada kenaikan diberi sejak 1997. Menerusi penstrukturan semula itu, 18 peratus atau kira-kira sejuta isi rumah yang menggunakan tenaga elektrik pada kadar antara 201 kwh hingga 300 kwh atau bil bulanan RM44 hingga RM70, akan hanya mengalami kenaikan bulanan antara tiga sen hingga RM3.10.

Dr Lim berkata, kerajaan turut memperkenalkan tarif khusus untuk sektor pertanian, seperti penternakan ayam, penyembelihan, penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, pemeliharaan ikan dan penanaman padi, yang lebih rendah daripada tarif komersial.

Tarif industri khas pula dikekalkan untuk pengguna industri yang merekodkan penggunaan elektrik pada kadar lima peratus atau lebih daripada kos operasi.

Beliau berkata, tarif baru elektrik itu juga mengekalkan diskaun 10 peratus untuk sekolah kerajaan, institusi pengajian tinggi awam, rumah kebajikan dan tempat ibadat.

Selain itu, kerajaan mengekalkan kadar tarif rendah bagi penggunaan elektrik di luar waktu puncak iaitu antara jam 10 malam hingga 8 pagi merangkumi pengguna dalam sektor komersial dan perindustrian.

Dr Lim berkata, struktur tarif berperingkat diputuskan selaras dasar kerajaan berhubung penggunaan sumber tenaga secara cekap.

“Sebagai contoh, pengguna boleh melaraskan alat penyaman udara kepada 24 darjah celsius dan bukannya 16 darjah celsius selain sektor perindustrian boleh menggunakan peralatan kelengkapan cekap tenaga,” katanya.


Pakcik Dungun - May 25, 2006 11:17 PM (GMT)
mungkin tidak membebankan pengguna (kita) secara langsung....
tapi kalau dah kos sektor perindustrian meningkat....peningkatan tu dah tentu akan disalurkan kepada pengguna (kita) :cak:

hartiniazhar - June 4, 2006 03:52 AM (GMT)
:) Betul tu Pakcik Dungun. Kite juge akhirnye yang jadi mangse. Teman ni bukanle menyebelahi mane-mane pihak. Cume cube berfikiran realistik dlm perkare ni. Tapi kesimpulan yg teman dapati rakyat seperti dipakse menanggung hutang atau beban kerajaan. Seperti petikan yg teman ambik ni;

"Inflasi sememangnya semakin meningkat, kian membebankan rakyat dan hakikat itu terbukti apabila indeks harga pengguna (CPI), yang merupakan indikator utama inflasi, meningkat kepada purata 4.63 peratus April ini, berbanding indeks yang dicatat April tahun lepas.
Menurut Business Times (BT), ia merupakan kesan kepada kenaikan harga minyak Febuari lalu dan pakar-pakar ekonomi menjangkakan inflasi akan terus meningkat pada separuh pertama tahun ini.Sembilan pakar ekonomi yang memberi respon kepada soal-selidik BT mengenai inflasi itu juga memberi amaran bahawa inflasi akan terus memuncak dengan kenaikan tarif elektrik yang dijangka akan berlaku dalam tempoh terdekat tahun ini."

Satu lagi petikan yg mungkin berbaur politik teman ambik ni...cubele renungkan;

"Kenaikan tarif elektrik itu membabitkan sebahagian besar daripada barangan asasi dan keperluan sesebuah rumah tangga. Jika sebuah kilang mengalami peningkatan bil elektriknya (bermakna kos pengeluaran meningkat) ia akan menyerapkan kos peningkatan itu kepada pengguna. Ini bermakna barangan keperluan akan meningkat, mungkin sehingga 10 peratus.

Ditambah dengan beban kenaikan harga petrol kira-kira 30 peratus pada Februari lalu, penambahan beban rakyat adalah sebanyak 40 peratus. Jika dulu, kereta sebuah keluarga mungkin memerlukan petrol sebanyak RM200 sebulan, 30 peratus daripadanya bermakna peningkatan kira-kira RM70 sebulan. Jadi dalam sebulan, beban kenaikan harga penggunaan bahan api sesebuah keluarga itu bertambah sebanyak RM80 (jumlah ini hanya membabitkan elektrik dan petrol saja belum termasuk gas memasak, bil air, bil telefon dan segala macam 'datuk nenek' bil dan cukai lagi).

Jika setiap barangan dan perkhidmatan diandaikan meningkat sebanyak 40 peratus, kemungkinan besar sebuah keluarga sederhana yang memerlukan RM2,000 sebulan untuk melunaskan segala urusan rumah tangga, kini keluarga itu perlu mendapatkan tambahan RM800 lagi. Persoalannya di mana untuk mendapatkan tambahan RM800 itu?

Kebanyakan yang terbeban dengan kenaikan bahan api ini adalah rakyat bawahan. Mereka terdiri daripada makcik dan pakcik nun jauh di desa, Pak Mat dan Pak Ali di kawasan setinggan Kuala Lumpur dan Ah Fook dan Vellu yang tinggal di Jinjang dan Segambut. Turut terbeban adalah Senah, si ibu tunggal yang terpaksa menjual nasi lemak di tepi jalan. Yang asyik diperkatakan sekarang ialah kahwin misyar bukan bagaimana mahu membaiki mutu hidup si janda ini.

Golongan terbeban inilah 'the silent majority'. Mereka tidak bersuara kerana mereka tidak tahu bagaimana mahu melakukannya. Mereka kelihatan reda tetapi sebenarnya rela dalam terpaksa. Sekalipun terpaksa makan sayur murah seperti kangkung longkang atau ikan longgok busuk, mereka diam saja. Kalau yang berada sikit, mereka beli barang 'reject'.

Suara golongan geladangan inilah yang cuba dibawa oleh anak-anak muda seperti Ismail, seorang eksekutif muda bergaji RM5,000 sebulan atau Chee Wee Liam (William Chee), seorang peniaga berjaya dengan pendapatan RM10,000 sebulan.

Tiada sebab untuk Ismail dan William menyertai penunjuk perasaan membantah kenaikan harga minyak dan elektrik di pekarangan KLCC pada Ahad, 28 Mei lalu. Pendapatan mereka sudah cukup lumayan, kenaikan 10 peratus atau 30 peratus bahan bakar itu adalah 'tahi gagi' saja bagi mereka yang bujang itu. Lagi pun buat apa buang masa 'buat demo'. Lebih baik 'jalan-jalan dengan awek (girlfriend)'.

Tetapi disebabkan sayangkan orang-orang seperti Pak Mat, Ah Fook dan Vellu, mereka menyertai bantahan dengan harapan pihak berkuasa ada sekelumit perasaan untuk mendengar suara dan menyayangi rakyat yang mengundi pemimpin yang pandai bermain lidah, memutarkan kata-kata seperti 'BN menang, rakyat senang', 'Jangan kerja kerana saya, kerja bersama-sama saya' dan 'Saya pemimpin semua rakyat'.

Tetapi alangkah ironinya, kerana memperjuangkan nasib Pak Mat, Vellu, A Fook dan Senah, pada hari bersejarah itu, Ismail balik dengan kepala hampir pecah manakala William pula dengan muka berdarah. Agaknya, ini berlaku kerana mereka BODOH (stupid), bersusah payah memperjuangkan nasib Vellu, Ah Fook dan Senah sedangkan mereka sudah hidup senang lenang macam menteri kaya yang kehilangan barangan berharga dan wang RM350,000 apabila dua pembantu rumah Indonnya melarikan diri!"




:hmm: :hmm:

cikguonline - June 5, 2006 01:20 AM (GMT)
Rakyat yang kene tanggung beban... :onf:

Pakcik Dungun - June 12, 2006 11:25 AM (GMT)
jadi, suka atau tidak...bil letrik datang lagi...
pakcik kena RM42.53 untuk penggunaan 195kwh. sikit lagi nak sampai 201kwh. tu pun mungkin pasal pakcik dah 'rosakkan' hifi.....ehehehehe

mana yang boleh 'adjust' kena la pakcik 'adjust'. tapi macam basuh pakaian, gosok baju...tak dapek den nak 'adjust' :cry:




Hosted for free by InvisionFree