View Full Version: Mayat murid mangsa culik ditemui, dua suspek direm

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Sembang Umum > Mayat murid mangsa culik ditemui, dua suspek direm



Title: Mayat murid mangsa culik ditemui, dua suspek direm
Description: Kejamnye........!


hartiniazhar - May 22, 2006 08:09 AM (GMT)
:) KUALA LUMPUR 21 Mei - Mayat murid tahun satu, Ho Ping yang dipercayai diculik dan dijerut hingga mati oleh abang iparnya Khamis lalu ditemui dalam sebuah beg pakaian yang tersangkut pada ranting pokok kira-kira satu kilometer dari jambatan Sungai Sitiawan, Perak hari ini.

Turut ditemui di dalam beg tersebut beberapa botol air yang sengaja diletakkan sebagai pemberat untuk menenggelamkan beg terbabit.

Selepas mayat Ping ditemui pada pukul 10.15 pagi, polis terus membawa dua suspek iaitu abang ipar mangsa berusia 28 tahun dan teman wanitanya berusia dalam 30-an, yang merupakan warga China untuk direman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Majistret Maimunah Aid telah mengeluarkan perintah tahanan reman enam hari bermula hari ini hingga Jumaat depan terhadap kedua-dua suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, mangsa dipercayai dibunuh sejurus diculik dari kediamannya di Jalan SS19/4A, Subang Jaya pada pukul 7 malam, Khamis lalu.

Beliau berkata, suspek kemudian dipercayai berpakat dengan wanita warga China yang dikenalinya untuk meminta wang tebusan RM500,000 daripada ibu bapa mangsa yang merupakan pemilik ladang sayur di Cameron Highlands, Pahang.

``Pada masa sama, ibu bapa mangsa bertindak melaporkan kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya kira-kira pada pukul 9 malam pada hari yang sama.

``Ekoran itu, polis telah menahan suspek berhampiran kawasan perumahan mangsa untuk disoal-siasat, keesokannya.

``Melalui keterangan suspek, mangsa telah dibunuh dan mayatnya dicampakkan di Sungai Setiawan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Hadi, kes tersebut disiasat bersabit kesalahan menculik dan bunuh.

Dalam pada itu, menurut sumber, ketika kejadian mangsa ditinggalkan bersama pembantu rumah di kediaman dua tingkat dekat sini.

``Suspek dipercayai melarikan mangsa dengan menaiki sebuah kereta Proton Waja untuk bertemu dengan teman wanitanya (warga China) di Pulau Pinang,'' jelasnya.

Kata sumber itu, sepanjang perjalanan, suspek telah memaksa mangsa menelan lima biji pil tidur sehingga menyebabkannya muntah.

``Disebabkan tidak tahan dengan kerenah mangsa, suspek bertindak menjerut leher murid itu menggunakan sehelai kain hingga mati.

``Mayat mangsa kemudian dimasukkan ke dalam sebuah beg pakaian dan suspek kemudian menuju ke Perak untuk mencampakkan mayat mangsa di Sungai Setiawan,'' ujarnya.

Katanya, suspek dan wanita warga China tersebut ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan diterima.

Di Sitiawan, Perak, seramai 10 anggota Polis Marin dan Unit Skuba Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut terlibat dalam operasi mencari mangsa bermula semalam.

``Sebanyak dua bot digunakan dalam operasi yang meliputi kira-kira 10 kilometer dari Selat Sungai Dining, Sungai Setiawan.

Mayat mangsa yang kini berada di Hospital Manjung, Perak akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa ketika ditemui di luar pekarangan rumah enggan memberi sebarang ulasan berhubung kejadian tersebut.


:geram: Eeii.....rase nak tembak je orang yg culik dan bunuh budak tu. Apele punye manusie.....bangang sungguh! :tembak:

Tak sanggup teman nak hadapi peristiwa tragis macam budak tu. Teman pun seorang ibu. Teman tahu sangatle perasaan budak tu skarang. Anak yg dikandung, dilahirkan, dibesarkan.....tiba-tiba diculik dan dibunuh! :onf:

cikguonline - May 22, 2006 10:16 AM (GMT)
Sungguh kejam.... nak kan duit sanggup membunuh..




Hosted for free by InvisionFree