Title: MURID TAK TAHU SOLAT?
Description: MENGEJUTKAN!
hartiniazhar - May 22, 2006 07:51 AM (GMT)
:o: Menurut UTUSAN MALAYSIA bertarikh 20/5/2006, seramai 51,000 orang murid atau 34% daripada 149,000 pelajar tahun dua hingga enam di negeri Terengganu didapati tidak tahu jumlah rakaat setiap solat lima waktu.
Menurut Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun,"Menakutkan tetapi inilah realiti yang perlu kita akui. Selain tidak tahu rakaat setiap solat lima waktu, sebahagian besar murid samada tidak tahu langsung atau tergagap-gagap ketika diminta membaca ayat-ayat asas solat termasuk Al-Fatihah."
"Siapa harus dipersalahkan samada ibubapa, guru atau masyarakat. Bagi saya, semua pihak perlu mengambil berat, namun ibubapalah yang paling utama perlu memikul tanggungjawab itu. Jika anak tidak tahu bersolat, hal itu memberi gambaran bahawa ibubapa atau penjaganya tidak memberi perhatian, malah berkemungkinan jarang bersolat di rumah."
Beliau juga berkata, sebahagian besar masa pelajar ada bersama ibubapa atau penjaga mereka di rumah dan mereka sepatutnya mengutamakan pengajaran solat kepada pelajar.
:dia: Itu baru di Terengganu, belum lagi negeri lain. Kalaulah satu Malaysia ni diambil kire....agak-agak berapa ratus ribu anak-anak kite yang tak tahu bersolat? Teman setuju benor dgn Penolong Pegawai Pelajaran tu....sepatutnye ibubapele yg ngajor anak solat. Guru-guru dan ustaz/ustazah memperkasakan lagi di sekolah. Masyarakat plak mesti menunjuk contoh yg baik-----example: bersolat di masjid. Barule selamat kite dunia akhirat! :lebai: :pray:
cikguonline - May 22, 2006 08:59 AM (GMT)
Ibu bapa harus ambil berat tentang soal ni. Jangan di manjakan sangat kalau teman rotan je :2lol: teringat teman masa kecik2 dulu kene rotan ngan mak teman pastu sek men telewat bengun kene rotan ngan warden :malu:
hartiniazhar - May 23, 2006 03:06 PM (GMT)
:) Nampak gayenye.....makbapak skarang tak beratkan hal solat ni. Itule sebab anak boleh hanyut. Bile anak hanyut....makbapak salahkan cikgu. Dituduhnye kite tak reti ngajor anak die. Padahal soal mendidik tanggungjawab makbapak...bukannye kite...cikgu hanye mengajor, je! Anak-anak berade di rumah lebih mase dari di sekolah. Kenape makbapak takleh nak ngajor anak solat? Ade due je kemungkinan besor.....pertame, makbapak pun tak solat dan kedue, makbapak harap orang lain ajor anak die bersolat. :hmm:
Asabakri - August 16, 2006 06:37 AM (GMT)
Apabila murid-murid berada di sekolah, mereka adalah di bawah tanggung jawab kita selaku para guru.
Selain daripada menghabiskan sukatan pelajaran Agama Islam di sekolah para ustaz/ustazah seharusnya memastikan setiap murid yang beragama Islam boleh mendirikan sholat secara praktikal. Bacaan murid-murid bagi Surah Al-Fatihah sepatutnya dipastikan bacaan mereka itu adalah betul dari segala aspek, bahkan murid-murid itu juga seharusnya mengetahui maksud setiap ayat dalam Surah Al-Fatihah itu.
Apabila PERINTAH tidak dipatuhi, khususnya perintah-perintah WAJIB dalam agama diabaikan dan tidak dipatuhi, dengan sendirinya hati dan minda terbuka untuk dapat dihuni oleh syaitan, lalu syaitan itu menjadi sahabat.
Itulah sebabnya dalam Islam PERINTAH mendirikan sholat itu telah pun dikuatkuasakan oleh Baginda Nabi s.a.w. kepada ibu/bapa/penjaga kepada anak-anak bermula kanak-kanak itu berusi 7 tahun lagi, dan kanak-kanak yang berusia 10 tahun jika enggan mendirikan sholat hendaklah ia dipukul. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:
"Apabila kanak-kanak itu berumur 7 tahun hendaklah disuruh ia mendirikan sholat dan apabila umurnya 10 tahun tidak mendirikan sholat ia hendaklah dipukul." [HR. al-Bukhari-Muslim].
Masalahnya ialah orang-orang Melayu kita ini majoritinya tidak mempedulikan pun perintah Baginda Nabi s.a.w. itu, kenapa? Persoalan kenapa inilah yang kita kaum guru kena turut menjawabnya sebab di sekolah kanak-kanak itu juga adalah di bawah jagaan kita.
Bagi sekolah sesi pagi sepatutnya dijadual-waktukan sholat sunat dhuha dan juga sholat zohor. Bagi sekolah sesi petang pula dijadual-waktukan sholat asar. Semua umat Islam tahu bahawa mendirikan sholat fardhu itu adalah WAJIB. Persoalannya ialah jika WAJIB kenapakah tidak dijadual-waktukan sebagai juga WAJIB untuk dilaksanakan?
Apakah akibatnya apabila PERINTAH tidak dilaksanakan atau diabaikan? Akibatnya ialah seseorang atau masyarakat, malahan negara sendiri adalah "bersyaitan" dapat dikuasai oleh syaitan. Dengan sebab itu macam-macamlah gejala sosial kehilangan benteng untuk menahannya daripada terjadi.
Seharusnya maksud Ayat Al-Qur'an ini dipaparkan besar-besar di dinding bagunan utama sekolah dan juga di dalam bilik-bilik darjah:
| QUOTE |
"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu" (Al-Israa' 38) [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]
|
Sekiranya kita dan anak-anak murid kita fahami maksud Ayat Al-Qur'an itu dan dijadikan hafalan serta amalan, kita akan dapat melihat kesannya.
Wasalam.
.
nurkamar - October 2, 2006 03:46 PM (GMT)
setiap satu amalan itu sekiranya dianggap sebagai amanah, maka ia akan dilaksanakan sebaik baiknya.
amanah dalam menuntut ilmu(anak anak didik), amanah dalam penyebaran ilmu(kita para guru), amanah dalam mendidik anak anak(mak ayah)
tak da guna menunding jari sesama sendiri (ibu bapa guru) jika amanah sendiri pun terabai