View Full Version: Sate Hari Guru

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Kantin > Sate Hari Guru



Title: Sate Hari Guru


alisakarmila - May 8, 2006 03:09 AM (GMT)
:mll: Satay Istimewa Hari Guru

BAHAN-BAHAN


600 g daging lembu/kambing/ayam yang tiada berurat


150 g ketumbar serbuk

1 sudu makan jintan halus serbuk


2 sudu makan kunyit serbuk


200 g gula pasir


beberapa batang lidi satey


garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN(a)


(Digiling halus)


2 sudu makan jintan kasar, direndam dahulu


6 cm halia


6 batang serai


50 g lengkuas


BAHAN-BAHAN(b)


(Dicampurkan)




100 ml air sejuk


100 ml minyak kacang


CARA-CARA


1. Potong daging kecil-kecil anggaran selebar ½ cm, panjang 2 cm dan setebal ½ cm setiap satu.


2. Gaulkan daging dengan bahan (a) hingga rata. Tambahkan gula. Gaul lagi. Kemudian tambahkan ketumbar, jintan halus dan kunyit serta garam secukup rasa. Gaul rata-rata dan biarkan selama 30 minit.


3. Cucukkan 4-5 keping daging pada sebatang lidi. Buatlah begini sehingga habis.


4. Siapkan tempat membakar satey. Gunakan api yang sederhana panas. Bakarkan satey ini sambil merenjis renjiskan minyak padanya dua atau tiga kali sambil membalik balikkannya sehingga masak.


cikguonline - May 9, 2006 03:08 PM (GMT)
wa sedap ni kalau dapat makan. selalunyer beli kat kedai je sekarang ni dah RM0.40 secucuk kalau buat sendiri best ni boleh cuba. tak pernah pulak tefikir nak buat sendiri. teman sukan makan sate kajang kat R&R Sungai Buluh tu. Kalau lalu situ mesti singgah punya :2lol:

alisakarmila - May 10, 2006 09:34 AM (GMT)
:mll: memang best sate kat situ tapi beratur pulalah menunggu giliran sate kita.You cubalah resepi satay ni.Suruh anak anak tolong cucuk.jangan tercucuk tapak tangan udah.Lepas tu kipas lah together gether dgn isteri tercinta.Pak Lah tengok sure senyum!

nurkamar - October 3, 2006 12:56 PM (GMT)
kalu nak lagi sedap... jangan guna serbuk rempah tu. guna yg biji & giling

peram ler sebaik baiknye semalaman. ade kawan pesan, nak kasi daging tu makin sedap, pas gaul2 tu, hempas2kan skit daging yg dah bergaul tu

mmg sampai makan batang sate tu :love: :love: :love: :love: :love:



*** moge moge time pose esok tak lr terasa kesedapan tu kat tekak ni...adeiiii :mll: :mll: :mll: :mll:




Hosted for free by InvisionFree