View Full Version: Maktab Perguruan dulu.....!

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Sembang Umum > Maktab Perguruan dulu.....!



Title: Maktab Perguruan dulu.....!
Description: Institut Pendidikan Guru la ni......!


hartiniazhar - May 7, 2006 04:30 PM (GMT)
:) Maktab guru dinaik taraf IPG

KOTA SAMARAHAN 6 Mei - Kesemua 27 maktab perguruan di seluruh negara dinaikkan taraf menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai hari ini ke arah meningkatkan latihan perguruan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata sehubungan itu IPG akan menawarkan guru berkelulusan ijazah sarjana muda bagi meningkatkan profesion perguruan.

Langkah itu, katanya, sejajar dengan sasaran kerajaan untuk menyediakan 100 peratus guru berijazah bagi sekolah menengah dan 50 peratus bagi sekolah rendah menjelang 2010.

Beliau berkata demikian pada majlis pengisytiharan IPG di Institut Perguruan Tun Abdul Razak, di sini hari ini.

Beliau mahukan Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan hanya mengambil calon guru yang komited dan dedikasi terhadap profesion itu.

``Ini termasuk calon guru mesti mempunyai personaliti dan keyakinan diri yang baik.

``Guru juga mesti ada rasa tanggungjawab dalam memenuhi aspirasi kerajaan dan rakyat,'' katanya.

Beliau berkata setelah tamat pengajian, guru perlu bersedia berkhidmat di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Najib meminta suruhanjaya itu tidak melayan rayuan guru yang tidak mahu ditukarkan ke kawasan-kawasan berkenaan.

Katanya perubahan daripada maktab perguruan kepada IPG bukanlah dari segi nama sahaja tetapi pengisiannya bagi melahirkan guru ce-merlang dan seterusnya pelajar cemerlang.

Menyentuh mengenai keperluan perumahan bagi guru, Najib berkata lebih banyak rumah guru akan dibina di seluruh negara termasuk di Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau mengulangi kenyataan bahawa sebanyak RM2.5 bilion diperuntukkan untuk kemajuan bidang pendidikan di negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Dalam pada itu, beliau berharap guru dapat bersama-sama dengan kerajaan dalam perjuangan untuk menentukan hala tuju negeri ini dan negara bagi mencapai masa depan yang lebih cemerlang.

- Bernama

:clap: Ini berite baik pade sesape yg. berminat nak jadi cikgu. Kalau dulu cikgu keluar dari maktab dengan gaji takat RM 500 lebih je...ha...sekarang ni gaji cikgu cukup makan dan dpt bukan saja diploma tapi sarjana lagi....! Agaknye lepas ni berdoyon-doyon le orang apply nak masuk IPG! Tapi ape pun, teman setuju dgn TPM Najib, iaitu cikgu yg apply nak masuk mestil calon guru yang komited dan dedikasi terhadap profesion perguruan. Kalau takde tu...susahle nak jalankan tanggungjawab sebab kerja cikgu bukan setakat ngajor..tapi jadi polis, doktor, tukang kebun, pra dan mcm-mcm lagi. :lol

kuguru - May 8, 2006 09:12 AM (GMT)
ya betullll...
jangan jadi cam bekas anak murid aku baru2 ni praktikum..
cikgu sendiri pun dia wat tak kenal sbb kononnya dia cikgu maktab yg berijazah...

hartiniazhar - May 9, 2006 02:23 PM (GMT)
:) Hebat sangatke jadi guru maktab berijazah? Teman rase ape yang die belajor di universiti mungkin die tak apply di sekolah. Macam ni...ke contoh bekas anak murid yang buat donno kat cikgu die? Tapi takpele....jgn mike ambik hati sebab lame-lame die akan tegur gak....bukan krn terpaksa tetapi he is compulsory to sebab kalau mike ade buat keroje same-same ngan die, mau tak mau die akan tegur gak! Jgn dok ek lebih le..gaji memang lebih tapi keroje same je.




Hosted for free by InvisionFree