View Full Version: Bagaimana nak membuat karangan

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Bahasa Melayu > Bagaimana nak membuat karangan



Title: Bagaimana nak membuat karangan


mazurah - May 3, 2006 03:33 PM (GMT)
Asm


Mazurah Nak tanya , ada tak cara nak beri kemahiran menjawab kertas 2, terutamanya membuat karangan, Mazurah perhatikan anak mazurah yang sulong ni agak lemah tentang ni, adakah dengan membaca sahaja yang akan membolehkan anak mazurah boleh mahir dalam kertas dua atau ada cara yang lain?

cikguonline - May 11, 2006 10:59 AM (GMT)
Pada pandangan saya membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata. Bagi saya BM payah jugak walaupun BM ni digunakan sebagai bahasa penghantar seharian. Saya cadangkan cuba menyalin karangan. Ada cikgu2 yg boleh beri idea lain?

Asabakri - July 27, 2006 05:34 PM (GMT)
QUOTE (mazurah @ May 3 2006, 11:33 PM)
Asm


Mazurah Nak tanya , ada tak cara nak beri kemahiran menjawab kertas 2, terutamanya membuat karangan, Mazurah perhatikan anak mazurah yang sulong ni agak lemah tentang ni, adakah dengan membaca sahaja yang akan membolehkan anak mazurah boleh mahir dalam kertas dua atau ada cara yang lain?

Latih dia membuat ayat-ayat pendek, dengan memberikan kepadanya perkataan-perkataan, yang dia kena buat ayat menggunakan satu ayat bagi satu perkataan yang diberikan itu.

Kita kena latih murid-murid membuat ayat yang berkualiti. Misalnya boleh diberi satu tajuk karangan, dan minta mereka menuliskan misalnya 5 ayat sahaja. Ajar mereka menggunakan ayat-ayat yang bertaraf tinggi, misalnya ambil ayat-ayat dari surat khabar, rencana pengarang dan sebagainya dijadikan contoh.

Apabila mereka sudah mahir menuliskan ayat-ayat yang berkualiti tinggi, kita tidak perlu bimbang lagi walau berapa panjang pun karangan itu, apabila mereka sudah dapat menguasai kemahiran menuliskan ayat-ayat yang berkualiti tinggi, dalam peperiksaan.

Pastikan anak-anak kena baca surat khabar setiap hari dan juga majalah-majalah yang baik supaya mereka mahir memahami bahasanya.

.

Cikgu Rizal - January 14, 2007 02:04 PM (GMT)
QUOTE (mazurah @ May 3 2006, 11:33 PM)
Asm


Mazurah Nak tanya , ada tak cara nak beri kemahiran menjawab kertas 2, terutamanya membuat karangan, Mazurah perhatikan anak mazurah yang sulong ni agak lemah tentang ni, adakah dengan membaca sahaja yang akan membolehkan anak mazurah boleh mahir dalam kertas dua atau ada cara yang lain?

Pembacaan juga adalah penting.. Pada pendapat saya asuh dak tu membina ayat. contoh bagi satu perkataan dan suruh die bina.. lama-lama boleh la die.. sebab apabila kita bagi perkataan dan suruh die wat ayat dengan sendirinya budak nnti akan pandai menulis karangan.. Bagi latihan dengan kerap. InsyaAllah boleh..




Hosted for free by InvisionFree