:) PUSAT SUMBER atau RESOURCE CENTRE : Ape definisi sebenornye?
Dari 5 tahun pengalaman pegang jawatan Penyelaras Pusat Sumber (Guru Media), saye buat kesimpulan PUSAT SUMBER SEKOLAH bermaksud seluruh kawasan sekolah tu ialah sumber segala ilmu, maklumat dan pelajaran. Bukan setakat PERPUSTAKAAN (LIBRARY) sahaja. Jejak kaki sahaja dalam sekolah, maklumat atau sumber ilmu tu di mana-mana malah dalam tandas sekalipun.
Tapi...di sekolah saye ni, PUSAT SUMBER tu PERPUSTAKAAN dan PERPUSTAKAAN tu PUSAT SUMBER. Dah lame konsep PUSAT SUMBER tu disalahkonsepkan yang menyebabkan kebanyakan cikgu beranggapan kerja berkaitan PUSAT SUMBER hanya tanggungjawab GURU PUSAT SUMBER SAHAJA sedangkan dalam organisasi PUSAT SUMBER semua guru terlibat (Panitia matapelajaran), termasuk PIBG, bekas murid sekolah, kakitangan bukan guru malah tukang kebun sekalipun.
Penyampaian HADIAH NILAM 2005 baru-baru ni dipertikaikan oleh segelintir guru yang tak puas hati sebab murid yang paling banyak membaca ialah anak kepada seorang guru PUSAT SUMBER (bukan anak saye!). Masalahnye bile suruh isi data maklumat bilangan buku murid, ramai guru tak sanggup buat. Akhirnye, saye dan pembantu saye juge yang buat! It's just not fair!
Apepun....semuenye dah berlalu.....saye pun dah letak jawatan. Malas nak dengar keluhan, ketidakpuasan, rungutan cikgu lain. Tak ade kerjasame bermakna sekolah tak jadi PUSAT SEGALA SUMBER. Dari sumber tulah, boleh tingkatkan pelajaran budak. Contohnye dalam BM, kalau nak buat karangan ttg pencemaran, tak perlu cari di luar sekolah sekirenye dalam sekolah tu ada tempat rujukan seperti perpustakaan, internet, sudut matapelajaran dll. Masalah sekarang murid sekarang kurang membaca. Kalau kite sediekan kemudahan, mungkin murid akan berminat mencari maklumat. Belum cube belum tahu, kan?! Tapi cikgule kene rajin sediakan kemudahan maklumat ni. Kalau setakat ajor dalam kelas tanpa contoh nyata (dalam buku saje) murid tak nampak yg. sebenornye..... :o:
zaman saya skolah dulu di Convent Bukit Nanas ada system komputer dimana banyak encyclopedia didalamnya utk pelajar gunakan cari maklumat. Zaman tu internet x penah dengar pun.
La ni internet common. Adakah pusat sumber skolah2 skarang dah dilengkapi dengan kemudahan internet?
:) Ade sekolah yg PSSnye berinternet. Tapi sekolah teman idakle lagi. Belum sampai tahap itu lagi. :lol
Assalamualaikum Cikgu-cikgu semua..
Saya ada menjual Sistem Pengurusan Perpustakaan.. Sekiranya berminat sila hubungi saya
member_it2u@yahoo.com
016-2731827
-fizzi-
boleh tak criter sikit beberapa fungsinya...minat gak nak tau tuh.
fizzina bagus tu cite le sikit kat sini.