View Full Version: Murid tak minat belajar....ape nak buat?

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Bilik Kaunseling > Murid tak minat belajar....ape nak buat?



Title: Murid tak minat belajar....ape nak buat?
Description: pelajar


hartiniazhar - April 30, 2006 11:06 AM (GMT)
:) Rasenye...teman pernah kemukekan topik ni, tapi takpele..sebab rasenye takde respon dari cikgu lain. Teman ngajor budak Thn. 1. Ade 2 orang budak, due-duenye keturunan India. Masalahnye dengan deme ni...kecik-kecik lagi tak minat belajor! Teman yg prihatin ni pun gunele pelbagai teknik, strategi dan mcm2 lagile...semuenye berkesan kejap aje....lepas tu deme buat hal plak! Pernah teman panggil deme buat latihan di meja guru....lepas tu teman suruh deme balik ke tempat masing-masing dan sambung buat latihan. Deme buatle kejap...lepas tu buku kemane, deme pun lesap! Takde dlm kelas! Bile marah, lagi deme buat nakal. Yg. sorang ni tak tau cakap Melayu atau BI. Bile kawannye cakap Tamil lagi die tak faham. Macam budak terencat aje! Sorang lagi ni paham cakap Melayu bebenor tapi masalahnye die boleh menulis dan membaca tapi takndak. Die ni murid Rumah Kebajikan kat Kuale Kangsar ni. Ade family problem. Mcm mane nak atasi problem bebudak ni? Kadang-kadang tu saye mengamuk juge.....sebab udahle deme tak minat belajor, deme mengganggu murid lain belajor. Tu yg teman tension dengan budak 2 ekor ni! :stp:

cikguonline - April 30, 2006 12:49 PM (GMT)
wa payah jugak jadi guru kelas tahun 1 ni boleh pening di buatnye sib baik la murid2 aku tahun 1 belajar science baik :2lol: tapi cuba bagi dia belajar guna komputer mau tak dia.

nurkamar - April 30, 2006 02:15 PM (GMT)
toksah le dok konsentert suh belajo...
kat sk ni.. dorg dorg ni mmg atr golongan terbaik tang tak mau belajo ni....

maleh nak kasi pening kepala... apa kata tgk pada minat bebudak ni.
setiap manusia ada kelebihan dan kepandaian masing2.

let say, dorg maleh nak belajo. tgk pula kalau dorg minat lukis. masukkan dlm P&P ttg melukis tu (ie: BM:tajuk~umah saya) suh le bebudak ni lukis & & warnakan umah dorg atau umah yg dorg suka. sesambil tu ler serap point utama pengajaran tu.

kalu muzik, tak suka main alat, ajar le nyanyi tul2 ke.. apa2 ke...jangan pula kita dah tau dorg ni maleh nak belajo.. langsung kita abaikan sampai bebila. dah jadik kes lain dah tu cikgu....

ekceli kat kelas tu ada sorg yg ... YA Rabbiiiiiii!~~~ tpnya, nak kasi dia diam.. kasi je la penyapu ngan pemadam papan hitam.. bukan nak membuli, tapi satu cara pengajaran kebersihan. sesambil tu.. bila kita ajo.. dia perati la sesikit... mana yg dia berkenan... kalu biarkan je dok kat kusi.. alamat member sebelah kene kacau le.... apa pun...mak ayah dia pun terkejut dia pandai kemas bilik sdiri lelepas tu. ehe... ;)

neway.. all the best ekk... ;) :love: :love: :love:

hartiniazhar - May 1, 2006 06:04 AM (GMT)
:) tq nurkamar for your tips. Lupe nak mention yg sorang ni kalau bab kebersihan memangle boleh menang kategori tukang sapu paling rajin sekali. Kite suruh sekali saje die dah mula grab penyapu and penyodok! Ye le...betul gak kate nurkamar. :tq:

nurkamar - May 5, 2006 03:01 PM (GMT)
QUOTE (hartiniazhar @ May 1 2006, 02:04 PM)
:) tq nurkamar for your tips. Lupe nak mention yg sorang ni kalau bab kebersihan memangle boleh menang kategori tukang sapu paling rajin sekali. Kite suruh sekali saje die dah mula grab penyapu and penyodok! Ye le...betul gak kate nurkamar. :tq:

kui kui kui !~~~ :2lol:

sama kes jugak ler ek.. :2lol: :2lol: :setuju:

takpe la.. at least.. kita dah kasi satu jalan terbaik kat dorg ni.. dr dok tak geti buat mende ape...tau le gak nak menjaga kebersihan bersama...kelas bersih.. setiap minggu ler dapat adiah termpat pertama..... weeeeee!!~~~~:clap: :clap: :clap: :clap: :clap:

:cool: :cool: :cool: :cool:

alisakarmila - May 8, 2006 02:53 AM (GMT)
Memang ini lah antara malasalah kita,kan? Mike tekun le mencari pendekatan pendekatan baru supaya deme suka pada sekolah.Kalau deme suka sekolah dan cikgunya kita macam dah sediakan magnet Doraemon pada deme.Kesian beno kalau deme tak pentingkan education di usia kecil.Itulah yang membawa ke sekolah menengah.Teman idak sekali kali salahkan cikgu sekolah rendah sebab teman faham,ada bebudak yang sampai tingkatan 2 tak reti reti nak nulis tarikh dengan betul pun.teman rasa le,yang penting education.Kalau silibus kita aras 4 kita turunkan aras tu serendah yang mungkin.Kalau tak reti tulis ayat, dapat deme berlatih tulis tarikh, nama hari dengan betul okay jugak kan?survival sekurang kurangnya untuk deme kalau kalau tak mahu terus belajor sampai SPM buleh juga deme membaca, menulis dan mengira yang asas asas.Kalau idak ssesia je deme bawak beg heret 6 tahun kat sekolah rendah...ya dak?

Asabakri - July 20, 2006 03:57 PM (GMT)
MINAT ATAU TAKMINAT?

Yang sebenarnya kita yang sudah dewasa ini pun, bukan semuanya kita minat, betul tak? Ada banyakperkara juga yang kita tak minat langsung!

Cuba kita buat analisis kenapa diri kita ada perkara yang kita tak minat langsunug? Salah satu sebabnya sesuatu yang kita tidak minat itu adalah kerana pada diri kita bahawa perkara itu tak ada apa faedahnya, tidak mendatangan apa-apa rasa seonok pun di hati, tetapi yang ada hanya rasa menymaph sahaja, kan? Dan kalau perkara itu sudah kita anggap menyampah, manakan pula kita nak berminat, kan

Begitulah juga dengan bebudak. Kita bagi kerja, suruh itu dan suruh buat itu dan ini, apa faeahnya, kepadanya? Mereka tak merasakan apa-apa faedahnya pun kepada diri mereka. Tak seronok pun, itu sebab mereka tak berminat.

Kita berminat terhadap sesuatu itu kerana apa? Salah satu sebabnya ialah kerana perkara itu dapat mengaisi atau memenuhi keprluan kita. Betul, tak?

Biasanya kita terlupa, disebabkan kita suka memberi fokus bahawa bebudak mesti belajar demi masa hadapan mereka; supaya mereka berjaya. Tetapi bagi bebudak, apakah mereka tahu demi masa depan itu? Masa depan bukanlah sesuatu yang menjadi keperluan serta-merta mereka pun; nak memikirkannya pun tak ada!

Bagi bebudak, apakah keperluan serta-merta atau "immediate needs" mereka, kita kena selongkar; dan setelah kita mengetuinya barulah kita dapat isi keperluan mereka itu mengikut apa yang mereka perlukan. Maksudnya bukan mereka yang kena isi keperluan kita, tetapi kita sebagai guru yang kena penuhi keperluan mereka; maka barulah mereka mahu terima.

Keperluan mereka biasanya ialah apa-apa yang dapat menyeronokkan mereka. Tetapi apabila kita guru asyik nak bagi beban kerja yang bagi ereka langsung tidak pun dapat mengisi dan memenuhi keperluan mereka, iaitu yang dapat menyeronokkan hati mereka, tak ada pasal pun mereka nak layan, kan?

Misalnya; bebudak, mana suka asyik terkurung saja, kan, apabila berada dalam kelas, bagi mereka rasa terkurung. Sudahlah terkurung dibebankan pula dengan kerja yang tak menyeronokkan langsung di hati mereka. Apa salahnya kalau kita selalu bawa bebudak itu belajar di luar bilik darjah, bawah pokok?

Kalau mengajar matematik misalnya, tambahan; suruh mereka cari daun, 5 helai daun + 3 kuntum bunga, ada berapa semuanya, kalau nak kenalkan bahawa 5 + 3 = 8?

Nampak gaya sekarang ni, kalau nak mengajar bebudak ikut cara lama, sorry-lah; sebab setiap hari di rumah mereka ada TV, macam-macam ada kat TV penuh warna-warni, melihat katun pun mereka minat sangat. Dengan sebab itu hari ini guru kena lawan apa yang ada dalam TV supaya persembahan guru mengatasi apa yang ada dalam TV itu, barulah mereka akan berminat; faktor utamanya ialah menyeronokkan.

Nampaknya guru hari ini, jika tak ada kreativiti, main pakai papan tulis saja, alahai; di hati bebudak itu naik mual dan menyampah, sebab tak ada pun memenuhi keperluan mereka; iaitu menyeronokkan.

Kalaulah bermain-main boleh menyeronokkan mereka, persembahkanlah isi pembelajaran kepada mereka melalui permainan yang menyeronokkan mereka.

Itulah sebabnya pernah dulu Asabari suarakan supaya setiap guru, Kerajaan hendaklah membekalkan seorang "Pembantu Guru", supaya beban nak menyiapkan P&P yang dapat mengisi keperluan jiwa murid itu boleh disedikan bersama-sama dengan Pembantu Guru tadi. Malahan Kerajaan sendiri kena hasilkan bahan-bahan yang dapat memenuhi keperluan murid-murid. Ini adalah kerana kana-kanak di sekolah rendah, mana boleh disamakan cara pengajarannya dengan para pelajar Tingkatan 2 di sekolah menengah, kan? Kalau di sekolah menengah memang dah boleh berikan secara beri kulaih saja; tetapi kalau dibuat mengajar di sekolah rendah ikut cara lama, macam beri kuliah saja; janganlah hairan ada murid yang lari tinggalkan kelas, atau buat bising bagi memenuhi keperluan untuk mengisi keseronokan mereka dengan cara buat bising dan nakal.

Tak berminat = boring!

Kalau kita fahami formula tersebut, dengan sendirinya kita akan tahu apakah caranya nak buang boring itu supaya murid-murid itu berminat.

Satu perkara lagi jika budak India tak berminat, adalah kerana disebabkan masalah jurang bahasa (languange gap). Apabila cikgu mengajar cikgu terlupa bahawa budak India itu bukan sama ia boleh faham sebagai mana dengan bebeudak Melayu memahami bahasa yang cikgu gunakan dalam kelas. Bahasa cikgu mungkin terlalu tinggi tarafnya, tidak difahaminya pun. Bercakap pula laju-laju; dalam kelas Tahun 1 lajunya bercakap sama saja cikgu bercakap dalam kelas Tahun 5. Penggunaan perkataan-perkataan pula, sama sahaja bagaimana cikgu bercakap dengan orang dewasa; dengan imbuhan, dan ayat pula panjang-panjang.

Yang sebenarnya juga ialah bahawa salah satu faktor kenapa murid tak berminat ialah kerana adanya jurang komunikasi, iaitu antara pihak guru selaku P iaitu Penyampai, dengan pihak murid selaku penerima iaitu M = Menerima. Sesuatu komunikasi itu, ia yang dikatakan sebagai berfungsi atau baik apabila adanya pertindanan pengalaman antara pengalaman P dengan pengalaman M. Bahasa adalah pengalaman asas yang mesti adanya pertindan antara dua belah pihak; iaiti pihak P dengan pihak M.

Misalnya kalau Cikgu berkata kepada kelas: "Jangan buat bising!". bebudak Melayu boleh faham. Tetapi bagi bebudak India itu, dia tak faham, sebab struktur ayat dalam bahasa Tamil mereka hari-hari di rumah ialah "Bising, buat jangan!". Lebih-lebih lagi mereka tak faham langsung punbahasa Melayu. Samalah juga kita buat pertama kali belajar bahasa Inggeris dulu, payah juga nak faham.

Apabila tiadanya pertindanan pengalaman dalam aspek bahasa, akibatnya jadi tak faham, apabila tak faham akibatnya tak tahu, apabila tak tahu lalu jadi tak berminat. Apabila tak berminat tetapi dipaksa juga buat, jadi malas!

Wasalam.

.

Asabakri - July 20, 2006 04:24 PM (GMT)
QUOTE (alisakarmila @ May 8 2006, 10:53 AM)
Memang ini lah antara malasalah kita,kan? Mike tekun le mencari pendekatan pendekatan baru supaya deme suka pada sekolah.Kalau deme suka sekolah dan cikgunya kita macam dah sediakan magnet Doraemon pada deme.Kesian beno kalau deme tak pentingkan education di usia kecil.Itulah yang membawa ke sekolah menengah.Teman idak sekali kali salahkan cikgu sekolah rendah sebab teman faham,ada bebudak yang sampai  tingkatan 2 tak reti reti nak nulis tarikh dengan  betul pun.teman rasa le,yang penting education.Kalau silibus kita aras 4 kita turunkan aras tu serendah yang mungkin.Kalau tak reti tulis ayat, dapat deme berlatih tulis tarikh, nama hari dengan betul okay jugak kan?survival sekurang kurangnya untuk deme kalau kalau tak mahu terus belajor sampai SPM buleh juga deme membaca, menulis dan mengira yang asas asas.Kalau idak ssesia je deme bawak beg heret 6 tahun kat sekolah rendah...ya dak?

Pendapat anda itu memang tepat. Dalam melaksanakan P&P kita jangan lupa hal "tahap kemasukan tingkah laku" murid-murid, iaitu "entry level behaviour" para murid. Jika seorang murid itu dah tercicir, di mana tahapnya hanya setakat dia fahamani pelajaran Tahun 2 tetapi dia sekarang berada di tahap Tahun 3, ini bererti dia sudah pun keciciran dari segi tingkah laku pembelajaran. Bebudak yang begini, tidak ada jalan lain, kita kena bagi semula pembelajaran ke tahap "entry-level behaviour"-nya di tahap Tahun 2 juga; cuma; hanya isi pelajaran tetap kekal di tahap Tahun 3 supaya menepati kehendak sukatan pelajaran Tahun 3. Ini juga bererti cara penyampaian guru dan bahan kenalah ikut tahap Tahun 2.

Kalau murid itu Tahun 1 ini lemah maka kenalah ikut tahap Tadika semula. Ini bererti bagi sesuatu kelas itu, persediaan bahan pengajaran, kena lebih dari satu tahap kemasukan tingkah laku; iaitu kena mengikut kesesuaian tahap yang ada pada murid-murid. Dengan sebab itu, jika dalam kelas ada 3 kumpulan murid, iaitu Pandai, Sederhana Pandai, dan Tidak Pandai; maka bererti kita kena buat 3 bahan pengajaran; setiap satu mengandungi 3 level-entry yang berbeda.

Mula-mula kita mengajar secara keseluruhan kepada semua murid dalam kelas, dan apabila selesai terus saja beri kerja latihan kepada kumpulan yang pandai dulu, lepas itu kita terus ulang pengajaran kepada kumpulan sederhana dan tidak pandai (sedang murid yang panda asyik buat latihan tadi; apabila selesai berikan latihan kepada yang sederhana ini; dan akhir sekali ulang ajar bagi kumpulan yang tidak pandai itu dan beri kerja latihan. Ini bererti bagi kumpulan sederhan dapat pengajaran 2 kali, dan kumpulan yang tak pandai dapat pengajaran sebanyak 3 kali; dimana bagi kali ketiga itu, murid-murid kumpulan pandai dan serhana sibuk buat kerja latihan.

Itu sebabnya lembaran kerja, katalah ada 10 soalan, kita kena susun menurut tahap kesukaran latihan itu sendiri; misalnya Soalan No.1 - No.3, semua murid boleh menjawabnya, soalan No. 4 hingga No.8 semua murid Pandai dan sedehana Pandai boleh menjawabnya, dan soalan No. 9 hingga No. 10, hanya murid pandai saja yang boleh menjawabnya.

Ini bererti bagi murid yang pandai dan yang sederhana pandai akan seronok menjawab No.1 hingga No.8, (tetapi murid yang sederhana hanya akan tercabar dengan tahap kesukaran bagi soalan No. 6 hingga No.8); dan bagi murid yang pandai pula hanya tercabar bagi soalan No 8 dan No. 10. Walau bagaimana pun bagi murid yang tidak pandai, masih seronok apabila mereka diberikan lembaran kerja yang sama sebab dapat menjawab soalan No. 1 - No. 3, dan namun demikian akan tercabar menghadapi kesuakaran bagi No. 4 hingga No. 10. Barulah mereka sendiri kenapa mereka tak boleh jawab bagi soalan-soalan No 4 hingga No. 10 itu.

Dengan menyusun atur soalan mengikut pemeringkatan tahap kesukaran, juga akan mudah bagi kita mengetahui pencapaian murid-murid; dan ibu bapa pun boleh tahu apabila mereka melihat hasil kerja anak mereka. Kalau anak mereka hanya dapat jawab betul soalan No. 1 hingga No.3 saja, mereka faham-fahamlah sendiri bahawa anak mereka itu bukan jenis pandai, atau bukan jenis rajin belajar. Harap-harap mereka jadi risau, tak akan biarkan anak-anak mereka.

Tetapi jika kita buat soalan latihan bertabur, misalannya soalan No. 1 amat susah, No. 3 pula paling senang, No. 4 bertahap susah pula, dan no 8 dan 9, tahap senang; maka dengan sendirinya murid yang sederhana dan tidak pandai sudah tersangkut, rasa tak seronok sebab berhadapan dengan soalan susah awal-awal lagi, iaitu soalan No.1, maka mulalah mereka buat bising! Apatah pula bagi murid yang golongan tak pandai; tengok saja soalan No. 1 itu, dah pun rasa menyampah, malas nak buat!

Apabila setiap hari rasa susah, tak ada soalan pun yang betul mereka jawab; mulalah rasa rak berminat, jadi malas! Nak buat apa buat kerja, tetapi ganjarannya tak ada, asyik pangkah merah saja yang mereka dapat, sudahlah begitu kena marah pula?

Wasalam.

.




Hosted for free by InvisionFree